Caprice terima 500 aduan jenayah dalam jangka masa yang singkat, tubuh NGO bernama ‘Munafik Hunter’

Caprice terima 500 aduan jenayah dalam jangka masa yang singkat, tubuh NGO bernama ‘Munafik Hunter’.

Penyanyi dan aktiviti kemanusian Caprice mendedahkan menerima lebih 500 aduan berkaitan kes berkaitan jenayah seksual dalam tempoh 24 jam.

Susulan itu, Caprice atau Ariz Aziz, 33, mengambil keputusan mewujudkan badan bukan kerajaan (NGO) Munafik Hunter bagi membolehkan orang ramai mudah membuat aduan berkaitan jenayah seksual.

“Disebabkan Cap tiba-tiba terima lebih 500 aduan, kes atau pengalaman dalam 24 jam, pasukan kami memutuskan untuk tubuhkan NGO,” katanya.

Caprice berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Ahad.

NGO tersebut ditubuhkan dengan slogan demi masa depan anak kita, tiada kompromi.

Caprice terima 500 aduan jenayah dalam jangka masa yang singkat, tubuh NGO bernama 'Munafik Hunter'

Dalam pada itu, Caprice memberitahu laman web NGO itu akan mula diaktifkan pada pukul 9 malam Isnin ini bagi membolehkan orang ramai mendaftar sebagai sukarelawan atau membuat aduan.

“Insya-Allah laman web untuk anda daftar sebagai sukarelawan atau hantar aduan akan sedia pukul 9 malam esok.

“Maklumkan saya apa yang kami boleh bantu atau kembangkan NGO ini,” katanya.

Sementara itu, pengikut Instagram penyanyi rap itu memberi sokongan atas usahanya menubuhkan NGO itu dan berharap akan lebih ramai pihak tampil tentang masalah jenayah seksual dihadapi mereka.

BACA:
“Mungkin perasaan aku, tapi ini la realiti yang aku nampak pada suami masa aku tengah mengandungkan anak pertamanya”
Ibu terkilan tengok badan anak berusia 13 bulan lebam kebiruan, terkejut dapat tahu bibik keruk guna syiling untuk buang angin
Guru tergamak umpan anak murid berusia 12 tahun ‘check in’ hotel di Genting Highland lepas balik sekolah