Cara mudah nak sekat video yang bukan untuk kanak-kanak, elak anak terpengaruh dengan ‘benda’ yang tak sepatutnya

Cara mudah nak sekat video yang bukan untuk kanak-kanak, elak anak terpengaruh dengan ‘benda’ yang tak sepatutnya.

Seperti yang diketahui, YouTube adalah salah satu platform penstriman video terbesar yang menawarkan pelbagai kandungan secara global.

Seiring perkembangan waktu, generasi muda kini telah didedahkan dengan penggunaan gajet yang membolehkan mereka mengakses pelbagai kandungan hanya dengan hujung jari.

Walaupun “perpustakaan video” ini mempunyai pelbagai kandungan menarik untuk pembelajaran kanak-kanak, namun, ia juga memuatkan kandungan yang tidak sesuai.

Hal ini tentunya menimbulkan kebimbangan di kalangan ibu bapa kerana anak-anak mereka berpotensi untuk terpengaruh dengan tindakan dan perbuatan yang tidak bermoral.

Berkaitan dengan itu, SK akan berkongsi langkah-langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa untuk mengatasi masalah ini, salah satunya ialah dengan menyekat kandungan yang tidak sesuai.

Cara Menyekat Kandungan Tidak Sesuai di YouTube

Hidupkan Mod Sekatan

Tahukah anda bahawa YouTube juga menyediakan fungsi elektif yang dikenali sebagai Mod Sekatan? Selepas mengaktifkan mod ini, setiap kandungan yang dipaparkan pada telefon atau komputer akan ditapis mengikut pilihan pengguna.

Ikuti langkah ini untuk mengaktifkan Mod Sekatan dalam aplikasi YouTube di telefon bimbit:

  • Log masuk ke akaun anda dan tekan pada gambar profil.
  • Pergi ke tetapan akaun dan tekan pada Umum.
  • Cari Mod Sekatan dan aktifkan.
  • Untuk YouTube Web, buka YouTube dan tekan pada gambar profil. Cari Mod Sekatan dan aktifkan.
Cara mudah nak sekat video yang bukan untuk kanak-kanak, elak anak terpengaruh dengan 'benda' yang tak sepatutnya

Guna YouTube Kids

Untuk mengatasi masalah kandungan tidak bermoral untuk kanak-kanak, ibu bapa juga boleh menggunakan alternatif yang lebih selamat iaitu memuat turun aplikasi YouTube Kids yang disediakan khas oleh YouTube untuk kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, aplikasi ini hanya tersedia apabila didaftar masuk oleh ibu bapa. Cara untuk melakukannya adalah mudah:

  • Pasang aplikasi YouTube Kids dan ikuti arahan yang dipaparkan pada skrin.
  • Masukkan tarikh lahir pengguna apabila diminta.
  • Tentukan sama ada anda mahu mendaftar masuk ke aplikasi untuk ciri-ciri pengawalan ibu bapa yang dipertingkatkan.
Cara mudah nak sekat video yang bukan untuk kanak-kanak, elak anak terpengaruh dengan 'benda' yang tak sepatutnya

Sekat Saluran Yang Tidak Diingini

Selain itu, anda juga mempunyai pilihan untuk menyekat mana-mana saluran yang dianggap tidak sesuai di YouTube. Pendekatan ini dapat menyesuaikan kandungan dan memberikan pengalaman yang bermakna semasa menonton. Berikut adalah langkah-langkahnya:

  • Pergi ke halaman saluran YouTube yang tidak diingini.
  • Tekan tiga titik di sebelah tajuk video.
  • Pilih “Jangan syorkan saluran ini” untuk menyekat saluran tersebut terhadap anak-anak.
Cara mudah nak sekat video yang bukan untuk kanak-kanak, elak anak terpengaruh dengan 'benda' yang tak sepatutnya

Matikan Auto Play

Dengan mematikan fungsi Auto Play pada YouTube, anda dapat membantu mengawal pengalaman menonton. Ciri Auto Play memainkan video seterusnya secara automatik dalam senarai main sebaik sahaja video semasa tamat. Dengan mematikan ciri ini, anda dapat menghalang video yang tidak diingini dimainkan dan secara tidak langsung, memilih video secara manual.

Cara mudah nak sekat video yang bukan untuk kanak-kanak, elak anak terpengaruh dengan 'benda' yang tak sepatutnya

Langkah Lain untuk Menyekat Kandungan Tidak Bermoral di YouTube untuk Kanak-Kanak

Hadkan Penggunaan YouTube
Selain daripada langkah di atas, ibu bapa juga boleh mengawal kandungan yang tidak sesuai untuk anak-anak dengan menetapkan masa penggunaan aplikasi itu. Langkah ini dapat membantu mengehadkan masa yang anak-anak habiskan di platform tersebut.

Cipta Senarai Main di YouTube
Dengan mencipta senarai main di YouTube, setiap kandungan yang ditonton oleh anak-anak telah dipilih mengikut kesesuaian dengan umur. Secara tidak langsung, ini dapat mengawal kandungan yang ditonton oleh anak-anak.

Gunakan Akaun YouTube Yang Sama
Sementara itu, perkongsian akaun YouTube membolehkan ibu bapa mengawasi sejarah tontonan mereka dan video yang disyorkan oleh YouTube. Jika kandungan yang dikeluarkan tidak sesuai, ibu bapa mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kandungan tersebut.

Tonton YouTube Bersama Anak-Anak
Salah satu cara paling efektif untuk menyekat kandungan yang tidak sesuai di YouTube adalah dengan menonton bersama anak-anak. Melalui alternatif ini, ibu bapa dapat menyelaraskan kandungan yang sesuai dengan nilai-nilai kekeluargaan.

BACA:
Ingatkan guna minyak sedap dah, rupanya guna pasir pantai lagi sedap untuk goreng keropok lekor
‘Jackpot’ si tukang cuci, jumpa berlian bernilai RM105,977 ketika buat pembersihan di lapangan terbang
Bakal isteri tolak kereta sebagai mahar mas kahwin, apa yang diminta buat satu keluarga terkejut