Cara mudah nak tahu tayar kereta anda masih elok atau sudah haus, dengan menggunakan syiling 10 sen

Cara mudah nak tahu tayar kereta anda masih elok atau sudah haus, dengan menggunakan syiling 10 sen.

Biasanya, semasa kita sedang memandu, kita tidak sedar apa yang berlaku sekeliling, terutamanya berkaitan dengan kenderaan yang kita pandu.

Kadang-kadang, sebagai pemandu, kita tidak peka terhadap kerosakan yang mungkin dialami oleh kereta dan hanya menyedarinya apabila orang di sekeliling memberitahu kita.

Disebabkan kesibukan fikiran dengan kerja, keluarga, dan hal-hal lain, kita sering kali tidak memberi perhatian kepada persekitaran sekeliling.

Apabila tiba masanya untuk pulang ke rumah, fokus kita terarah kepada perjalanan pulang. Kita hidupkan enjin kereta atau motosikal dan terus bergerak pulang.

Sama ada kereta berada dalam keadaan baik atau tidak, kadang-kala tidak dapat dipastikan kerana tiada semakan yang dijalankan sebelum menaiki kenderaan.

Cara mudah nak tahu tayar kereta anda masih elok atau sudah haus, dengan menggunakan syiling 10 sen

Namun sebenarnya, amalan ini perlu dielakkan kerana ia boleh membawa risiko bahaya, seperti tayar meletup akibat kehausan tayar semasa memandu dan sebagainya.

Cara untuk memeriksa bunga tayar menggunakan duit 10 sen tidaklah sukar.

Bukanlah sesuatu yang rumit untuk menyediakan sedikit masa untuk memeriksa kenderaan yang kita pandu. Kini, terdapat banyak tips yang boleh dikongsi mengenai penjagaan kereta.

Sebagai contoh, seorang mekanik bernama @abangcomot dari Alor Setar, Kedah, berkongsi cara mudah untuk memeriksa kedalaman bunga tayar.

Setiap pemilik kenderaan seharusnya memahami aspek penjagaan asas kenderaan agar dapat mengenali punca masalah yang mungkin timbul.

Jika kedalaman bunga tayar menunjukkan tanda-tanda kehausan, ia seharusnya diganti kerana bunga tayar yang nipis boleh mengurangkan daya cengkaman semasa brek ditekan.

Menurut Mohd Khairul Ramli, cara untuk memeriksa kedalaman bunga tayar adalah dengan menggunakan duit syiling 10 sen.

Langkah pertama ialah mencari lambang segi tiga pada bahagian tayar.

Kemudian, letakkan duit syiling di dalam jalur bunga tayar secara menegak. Jika perkataan “Malaysia” tenggelam, ini bermakna kedalaman bunga tayar masih mencukupi.

Namun, jika perkataan “Malaysia” tidak kelihatan, ini menandakan bunga tayar sudah haus dan tayar perlu diganti.

@abangcomot Video pertama yang menaikkan nama abang Comot. Agak2 viral lagi dak #tanyaabgcomot #perniagaanmazlandanhashimah #learnontiktok #tiktokguru ♬ Nhún Vai Challenge
BACA:
Bapa kepada 3 anak buat langkah luar biasa, wasiatkan harta RM69 juta kepada 10 badan kebajikan
Kenapa manusia akan menggeliat dengan sendiri lepas bangun dari tidur? ini rupanya penjelasan yang tepat mengenai hal itu
Tak dengar cakap ibu bapa dan langgar pantang, wanita hilang bayi dalam kandungan lepas tumpangkan nenek misteri