Cara pelik dan tak masuk dek akal, wanita dikecam guna Paracetamol untuk lembutkan daging.
Seorang wanita telah dimaklumkan memasukkan ubat paracetamol ke dalam masakan sebagai cara untuk menjadikan daging lebih lembut.
Okezone melaporkan bahawa berdasarkan rakaman video, wanita tersebut dapat dilihat memasukkan sebiji tablet paracetamol ke dalam masakan daging, dan cara ini dikatakan oleh beberapa netizen sebagai cara lazim untuk melembutkan daging yang dimasak.
Walaubagaimanapun, video ini menarik perhatian beberapa praktisyen perubatan yang memberi amaran supaya orang ramai tidak mencontohi cara ini.
Menurut seorang praktisyen perubatan dan pengguna TikTok, Ayman Alatas, tindakan ini berisiko kerana paracetamol boleh menjadi toksik apabila terdedah kepada haba semasa memasak.
“Apabila masakan dipanaskan, terdapat proses tertentu yang membuatkan paracetamol mengeluarkan toksik atau bahan beracun,” kata Ayman.
Dia menambah, tindakan ini juga boleh menyebabkan kesan jangka panjang yang berbahaya untuk kesihatan.
“Zat beracun ini boleh memberikan kesan jangka panjang yang membahayakan badan. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak menggunakan paracetamol dalam masakan, terutamanya jika amalan ini berterusan selama bertahun-tahun,” jelasnya.
Ayman turut mencadangkan agar orang ramai menggunakan bahan semula jadi seperti nanas untuk melembutkan daging, sebagai gantian kepada amalan tersebut.
Video ini telah menjadi viral dan menerima pelbagai komen daripada netizen.
“Saya baru tahu tentang cara melembutkan daging dengan paracetamol,” kata seorang netizen.
“Dari mana mereka dapat idea untuk memasak daging dengan paracetamol?” kata pengguna lain.
@anggiiewijayanti Membalas @Zie🇭🇰💀 gak nyangka yng kemarin fyp smpe 1.2jt penonton😂 ngakak bacain komentnya😭 kali ini masaknya pke bodrex🤭#masakrendang #fakesituation⚠️ #fyp #bodrex #cepatlunak ♬ suara asli – pay.