Cikgu wanita komplot dengan seorang lelaki, sanggup kurung dan biarkan anak murid dirogol

Cikgu wanita komplot dengan seorang lelaki, sanggup kurung dan biarkan anak murid dirogol.

Seorang gadis bawah umur dari India didakwa dirogol di sekolahnya di daerah Saharsa di Bihar selama dua tahun.

Memetik laporan Siasat Daily, mangsa yang tergolong dalam komuniti minoriti telah dirogol berkali-kali selama dua tahun oleh seorang lelaki bernama Samrat Vishwas, anak kepada pengarah sekolah itu.

Menurut kenyataan mangsa, seorang guru wanita di sekolah itu menemani pelaku. Guru itu membawa mangsa ke sebuah bilik di mana pada waktu itu pelaku sudah menunggu di situ.

Polis berkata, “Mangsa tidak mendedahkan apa-apa kerana takut dengan pelaku dan malu dengan orang ramai sehingga mendorong tertuduh mengulangi jenayah itu. Tak tahan dengan seksaan, dia berhenti sekolah. Ahli keluarganya tidak dapat memahaminya dan menganggap mangsa tidak berminat untuk pergi ke sekolah itu.”

Cikgu wanita komplot dengan seorang lelaki, sanggup kurung dan biarkan anak murid dirogol

Akibat kelakuan cabul yang berterusan, mangsa mengalami kemurungan, serangan panik dan trauma. Akhirnya, dia menceritakan pengalaman pahitnya kepada keluarganya.

Menurut polis Upendra Nath Verma, susulan aduan yang difailkan oleh ibu bapa mangsa, satu kes telah didaftarkan di bawah Akta POSCO dan polis menahan tertuduh. Siasatan lanjut berhubung kes itu sedang dijalankan.

BACA:
“Masa bapa aku sihat, kahwin abang aku semua dia tanggung, tapi bila dia dah pencen ni, ini balasan yang mereka bagi”
Tular rakaman majlis tahlil dijenguk ‘owner’ balik tingkap, ramai geram dan meremang tengok video
Alami sakit dan batuk berdarah, doktor terkejut lihat paru-paru lelaki ini, ditumbuhi anak pokok setinggi 5cm