Cinta pandang pertama, gadis muda pilih warga emas beza umur 57 tahun sebagai teman hidup

Kalau dah jodoh, tak ke mana! Perumpamaan ini sesuai menggambarkan kisah perkahwinan unik antara seorang gadis muda bernama Xiaofang dan seorang warga emas berusia 80 tahun bernama Li.

Kisah cinta mereka yang bermula di pusat jagaan orang tua membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuk mencari kebahagiaan.

Xiaofang, yang baru berusia 23 tahun, pertama kali bertemu Li ketika dia bekerja sebagai sukarelawan di pusat jagaan orang tua tersebut.

Cinta pandang pertama, gadis 23 tahun pilih warga emas beza umur 57 tahun sebagai teman hidup

Perkenalan mereka yang bermula sebagai persahabatan atas dasar hobi yang sama akhirnya berkembang menjadi cinta yang mendalam.

Xiaofang tertarik dengan kematangan Li dan tidak peduli dengan perbezaan usia mereka yang jauh, iaitu 57 tahun.

Walaupun hubungan mereka ditentang oleh keluarga Xiaofang, dia tetap teguh dengan pendiriannya dan memilih untuk menikahi Li.

Kini, mereka hidup bahagia bersama sebagai suami isteri. Li yang sudah tidak lagi bekerja, hanya bergantung kepada wang pencennya untuk menyara kehidupan mereka berdua.

BACA:
Pemandu beca bermotor terkejut, nampak buaya sepanjang 2.43 meter berkeliaran tengah jalan
Isteri meraung tangkap suami berduaan dengan wanita lain dalam kereta, bagi alasan tak munasabah bila ditanya
Sambut pulang jemaah haji ‘another level’, bentang kain sepanjang jalan menuju rumah siap renjis tepung tawar