Dah habis makan baru perasan, ada 5 ekor lipas besar dalam botol kicap yang digunakan.
Seorang guru tidak dapat menahan rasa mual apabila menemui 5 ekor lipas bersaiz besar di dalam botol kicapnya semasa menjamu selera bersama murid.
Dalam video yang berdurasi 21 saat dan kini viral di platform media sosial X, telah mendapat 1.1K perkongsian dalam masa 22 jam. Dalam video tersebut, guru tersebut menyatakan bahawa dia baru sedar kehadiran lipas tersebut setelah beliau makan makanan sampai habis.
Reaksi jijik ramai netizen dapat dilihat dalam ruangan komen, di mana ada yang turut berkongsi pengalaman serupa. Ada yang pernah mengongsi pengalaman di mana selepas menggunakan separuh kicap, baru menyedari kehadiran seekor cicak sebesar ibu jari di dalamnya.
Walaupun ada yang menganggap mungkin guru ini tidak menutup botol kicap dengan baik selepas memasak, namun guru tersebut menjelaskan bahawa botol kicap itu diletakkan di dalam pantry dan agak sukar digunakan untuk memasak. Beliau juga menambah bahawa dengan melihat saiz lipas yang sangat besar, ia nampaknya mustahil untuk memasuki ruang kecil di penutup botol.
Gais aku bawa murid mkn sbb dia gastrik jd sy teman dia mkn skli .. skli time tuang kicap tu baru perasan ada 5 makhluk lipas 5 ekor besar dalam botol kicap . muntah terus 🤢 pic.twitter.com/e6I3lGcQ9p
— Tya (@tyaaaahhhh) December 14, 2023