JebatDerhaka

Dah macam cikgu yang bersara, makcik cleaner terima hadiah daripada pelajar sempena hari terakhir di sekolah

Dah macam cikgu yang bersara, makcik cleaner terima hadiah daripada pelajar sempena hari terakhir di sekolah.

Menerusi video tersebut, turut terlihat seorang makcik pembersih dan anaknya sedang membaca surat dan kad ucapan yang diberikan oleh pelajar-pelajar sebagai ungkapan terima kasih kepada mereka atas menjaga kebersihan di kelas.

Selain daripada guru, kakitangan di sekolah juga memainkan peranan yang penting terhadap pelajar dan persekitaran institusi pendidikan.

Mereka juga berperanan sebagai ‘mata-mata’ guru untuk memastikan murid-murid mematuhi peraturan sekolah.

Oleh itu, tidak kira jawatan kakitangan tersebut, sama ada sebagai pengawal, kerani, tukang kebun, atau makcik pembersih, pelajar seharusnya menghormati, menunjukkan sikap yang tulus, dan kasih sayang kepada mereka.

Seorang makcik pembersih sekolah menerima banyak hadiah dari pelajar semasa persaraan

Dah macam cikgu yang bersara, makcik cleaner terima hadiah daripada pelajar sempena hari terakhir di sekolah

Baru-baru ini, sebuah video telah menjadi tular yang menunjukkan seorang wanita yang sebelum ini bertugas sebagai pembersih di sekolah menerima banyak hadiah semasa hari persaraannya.

Melalui video yang dikongsi oleh Syimaa, anak kepada wanita yang dikenali sebagai Makcik Midah, terlihat sebuah sofa yang dipenuhi dengan hadiah yang diterima oleh ibunya sebagai tanda penghargaan dari pelajar-pelajar sekolah.

Syimaa turut menyatakan bahawa jumlah hadiah yang diterima oleh ibunya semasa persaraan setaraf dengan yang diterima oleh pengetua atau guru besar.

“Ini bukan persaraan pembersih, ini persaraan pengetua. Banyaknya hadiah,” ujar Syimaa sambil ketawa.

Mereka juga membaca surat dan ucapan dari pelajar

@symazani Replying to @iekaaa done unboxing kata. Haha hadiah dah bukak duluuuu sebab esaiteddddd #fyp #fypシ ♬ original sound – SyimaA

Tidak hanya itu, mereka juga membaca beberapa kad ucapan yang diberikan oleh pelajar-pelajar yang menyatakan kasih sayang mereka kepada ‘Makcik Midah’.

Yang lebih menarik, Makcik Midah dapat mengenali setiap pelajar yang memberikan kad ucapan tersebut.

Pelajar-pelajar tersebut turut mengucapkan terima kasih kepada makcik tersebut kerana menjaga kebersihan kelas mereka.

Dalam video lain yang dikongsi, terlihat pelajar-pelajar melambai kepada Makcik Midah pada hari terakhirnya di sekolah sambil menunjukkan beberapa hadiah yang dimilikinya.

Melihat komen di ruangan tersebut, terdapat yang menyatakan bahawa Makcik Midah merupakan seorang yang sangat baik dan disayangi oleh seluruh warga sekolah.

Dia juga tidak pernah mengira dan berharap agar ibu Syimaa tidak melupakan mereka.

“Acik pembersih yang dikasihi oleh murid-murid. Pasti dia menjaga kami seperti anak atau cucunya. Terima kasih Acik Midah kerana menjaga kebersihan,” katanya.

@symazani NAK TENGOK CARD PART 2 roger 🤣🤣🤣 #fyp #fyp #fypシ゚viral ♬ original sound – SyimaA
BACA:
Wanita diperkosa pemandu bas ketika perjalanan menuju destinasi dalam kabin
Isu larangan tulis ucapan ‘Merry Christmas’ pada kek tempahan, JAKIM tampil beri penjelasan
“Yang datang buat kali pertama pasti terlepas” – Warga Malaysia didenda sebanyak RM10,000 di Singapura