Dah macam kapal pecah, rakan sebilik pemalas tak kemas bilik setahun, alasan yang diberikan tak masuk akal

Dah macam kapal pecah, rakan sebilik pemalas tak kemas bilik setahun, alasan yang diberikan tak masuk akal.

Seorang pelajar universiti menyuarakan ketidakpuasannya terhadap rakan sebilik yang didakwa sebagai pengotor dan menggunakan masalah mental sebagai alasan.

Katil bersepah

Melalui perkongsian di TikTok, pelajar itu mendedahkan sikap rakan sebiliknya yang tidak pernah membersihkan katil dengan alasan mengalami depresi.

“Agak-agaklah. Orang lain pun boleh mengalami depresi tetapi tidaklah sampai sebegini rupa, setahun tidak pernah membersihkan bilik.

“Kalau dia pengotor, sebut saja dia pengotor. Daripada saya yang sudah boleh menguruskan depresi, jadi makin tertekan tinggal bersama orang seperti ini.”

Dah macam kapal pecah, rakan sebilik pemalas tak kemas bilik setahun, alasan yang diberikan tak masuk akal

Dalam penerangan lanjut, pelajar tersebut juga menyatakan bahawa keadaan bilik yang tidak terjaga telah memberi kesan kepada kesihatannya.

Pelajar tersebut menjelaskan bahawa pihak universiti akhirnya mengambil tindakan terhadap rakan sebiliknya tersebut.

“Saya gembira kerana dapat menukar bilik. Selepas berhubung dengan pegawai, pelajar tersebut sepatutnya tidak sepatutnya diberikan bilik kerana setiap semester menimbulkan masalah yang sama.

“Kepada sesiapa yang berpendapat sikap pengotor ini disebabkan oleh depresi, tolonglah diam. Saya juga menghidap penyakit yang sama. Terdapat juga kawan-kawan lain yang mengalami depresi tetapi tidak seburuk ini.”

Mengenai reaksi netizen dalam ruangan komen, ramai mengutuk sikap pelajar yang tidak menjaga kebersihan.

Namun, tinjauan OhBulan! mendapati bahawa individu berkenaan telah memadamkan perkongsian tersebut.

BACA:
Lelaki terkilan ijazah berkat 4 tahun di menara gading hangus, dibakar teman wanita sebab perkara remeh
“Rumah saya sering diganggu, suara mengilai, tiup leher semua, bila fikir balik, ini rupanya punca terkena benda ni”
Resah dengar alunan suara orang mengaji, pemuda nekad ‘serang’ imam dalam masjid