Dakwa isteri hilang ikut lelaki lain, segala terbongkar lepas jual rumah dekat abang ipar.
Apabila ditanya mengenai keberadaan isterinya yang telah menghilang lebih setahun lalu, seorang lelaki bernama Nuhan, 30, hanya menyatakan bahawa wanita itu telah melarikan diri dengan lelaki lain. Meskipun bersedih, dia tetap tabah meneruskan kehidupan dengan kedua anaknya yang membesar tanpa kehadiran kasih seorang ibu.
Nuhan menjual rumah pusaka kepada abang ipar
Tidak disangka-sangka, rupanya kisah sedih itu hanyalah rekaan Nuhan untuk menyembunyikan kegiatan jenayah yang dilakukannya secara rahsia. Sebelum ini, keluarga tersebut tinggal dalam rumah pusaka yang merupakan warisan daripada ibu bapa Nuhan. Kira-kira dua bulan yang lalu, lelaki tersebut tiba-tiba menjual kediaman kosong itu kepada abang iparnya sendiri.
Kontraktor menemui tengkorak yang disimen dalam sebuah lubang
Semasa proses renovasi dimulakan, kontraktor memperhatikan sebuah bilik tidur yang terkunci dengan permukaan lantai yang agak berbeza. Merasakan kecurigaan, mereka memutuskan untuk mengorek simen tersebut sebelum menemui rangka manusia yang ternyata adalah Fitriani, isteri kepada Nuhan.
Rangka ditemui dalam keadaan meringkuk dalam lubang setinggi 1.5 meter
Ditanam pada kedalaman 1.5 meter, tengkorak itu ditemui dalam keadaan meringkuk bersama aksesori dan kain yang dipercayai milik Fitriani. Sebelum ini, kehilangan Fitriani tidak diambil tindakan oleh keluarga kandungnya kerana bapa Fitriani sedang berhadapan dengan masalah kesihatan jantung. Berdasarkan bukti yang dikumpulkan, Nuhan kini menjadi tertuduh dalam kes penghilangan Fitriani. Namun, motif utama beliau masih dalam siasatan polis.