Melihat keadaan yang gelap gelita telah membuatkan lelaki ini enggan untuk check-in di sebuah hotel yang telah ditempah awal melalui aplikasi atas talian.
Dalam video tersebut, lelaki itu menjelaskan bahawa dia sampai kira-kira jam 1 pagi untuk bermalam dan melihat tiada receptionist di situ. Keadaan keseluruhan hotel tampak suram, dan menurutnya, terdapat aura kisah seram di hotel yang terletak di Taiping, Perak itu.
Jelasnya, apa yang dilihat dalam gambar ketika membuat tempahan seolah-olah hotel itu cantik, tetapi kenyataannya ketika tiba di sana, ia seperti tempat untuk aktiviti paranormal.
Lelaki tersebut juga melihat keadaan gelap gelita di semua bilik hotel, hanya satu atau dua bilik sahaja yang terang. Disebabkan rasa meremang, lelaki ini memutuskan untuk tidak masuk ke bilik yang telah ditempah.
Malahan, ada seorang penghantar makanan yang dikatakan telah menunggu di kawasan tersebut sekian lama, tetapi tiada siapa yang datang untuk mengambil pesanan.
Dalam masa sehari, video ini menjadi viral dan meraih 2,000 perkongsian. Ia sekaligus menarik pelbagai reaksi netizen. Ada yang mengatakan bahawa keadaan itu memang nampak seram, bahkan ada yang menceritakan pengalaman mereka bermalam di situ dan diganggu.
Walau bagaimanapun, ada juga yang mengkritik tindakan lelaki ini, mendakwa bahawa dia sengaja mengekspos cerita tersebut. Mereka mempersoalkan kenapa lelaki itu berkongsi video tersebut, malah turut mempertikaikan sama ada keadaan memang gelap gelita pada jam 1 pagi.
Selain itu, ada individu yang pernah mengunjungi hotel tersebut menyatakan bahawa keadaan di sana baik-baik sahaja dan mengungkapkan bahawa terdapat banyak motosikal yang bersusun di hadapan hotel tersebut. Seorang penghantar makanan yang kerap melakukan penghantaran ke hotel itu juga menyatakan bahawa tempat itu tidak seram seperti yang didakwa.
Dem aku duduk hotel apa tah kat taiping. Bilik hujungggg hotel. Selak langsir lahh tanah perkuburan dekat belakang. Dua pagi dengar troli housekeeping lalu depan bilik. Member lain ada yang kena ketuk pintu woi. https://t.co/rIJEq7JtbJ
— Nisa Kay Murah Rezeki (@nisa_kay) January 3, 2024