Demi belajar ilmu Al-Quran, Shamsul Ghau Ghau perhabis RM300,000 dan jual rumah tampung keluarga 10 tahun

Belajar mengaji pada usia lanjut kadang-kadang membawa perasaan malu kepada sesetengah individu. Walaubagaimanapun, perasaan tersebut sepatutnya tidak wujud kerana ia melibatkan usaha mengejar ilmu, terutama dalam hal berkaitan dengan agama. Pada hakikatnya, menuntut ilmu adalah satu tanggungjawab yang perlu diemban oleh setiap individu.

Ya, mungkin perasaan itu timbul disebabkan rasa rendah diri mereka yang buta huruf, tersilap dalam membaca, atau tidak mahir dalam hukum tajwid.

Namun, perlu difahami bahawa pandangan tersebut hanyalah pandangan peribadi. Sebenarnya, pandangan tersebut hanya akan merugikan diri sendiri. Sesungguhnya, Allah SWT telah menjanjikan ganjaran bagi hamba-hamba-Nya yang mungkin menghadapi kesulitan dalam membaca al-Quran, namun tetap berusaha untuk mempelajarinya.

Dalam konteks ini, pendakwah dan selebriti, Shamsul Ghau Ghau, mendedahkan bahawa beliau terpaksa menggunakan semua wang simpanannya yang berjumlah RM300,000 untuk menampung kos hidup keluarganya sepanjang tempoh 10 tahun mengikuti pengajian al-Quran. Shamsul, atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Su, menyatakan bahawa beliau juga terpaksa menjual beberapa aset lain untuk menyokong keluarganya tanpa terlibat dalam industri seni.

“Selama 10 tahun belajar al-Quran, simpanan saya sebanyak RM300,000 habis digunakan. Saya menjual dua buah rumah, salah satunya kondominium, serta kereta dan motosikal. Semuanya untuk menampung kehidupan keluarga.

Demi belajar Al-Quran, Shamsul Ghau Ghau perhabis RM300,000 dan jual rumah tampung keluarga selama 10 tahun

“Contohnya, belanja bulanan keluarga saya adalah RM5,000, dan jika dijumlahkan setahun, ia menjadi RM60,000. Jadi, bayangkan selama 10 tahun tidak terlibat dalam industri seni, bagaimana saya akan mencari rezeki? Saya perlu menggunakan aset yang ada,” katanya.

Menurut Shamsul, beliau kini telah memperoleh sijil tauliah sebagai penceramah dan berharap pintu rezekinya akan semakin terbuka.

“Saya kehilangan pekerjaan dan tiada tawaran dalam industri selama 10 tahun. Tempoh itu saya gunakan untuk mempelajari al-Quran. Saya mendapat tawaran untuk belajar di Mesir, tetapi hasrat itu terpaksa ditinggalkan kerana anak saya masih belajar dan ada yang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia.

“Tujuan mengambil tauliah bukan untuk berlagak, tetapi untuk membuktikan bahawa sesiapa pun boleh mempelajari al-Quran tanpa mengira umur. Yang penting adalah fokus.

“Alhamdulillah, sekarang saya dapat membuat kemunculan semula dalam industri seni. Anak-anak saya semakin besar, jadi saya perlu mencari rezeki demi kelangsungan hidup,” katanya.

BACA:
“Aku dikejutkan dengan berita yang sangat dukacita, dengan kuatkan semangat aku, aku jumpa ex dia dan dia buka segalanya”
Penuh masjid orang datang! Program Geng Subuh Macam Jumaat anjuran Alif Satar menjadi
Ambang 2024 bertukar tragedi, 2 pekerja terkena letupan bunga api