Dengan hanya menggunakan Kriss 110, remaja berusia 18 tahun berjaya sampai ke Mekah

Seorang remaja yang baru berusia 18 tahun telah mengukir sejarah yang membanggakan rakyat Malaysia dengan pencapaiannya setelah berjaya tiba di Mekah hanya dengan menunggang motorsikal Kriss 110.

Kejayaan ini merupakan hasil dari kesungguhan dan keazaman seorang remaja yang bernama Muhammad Aidil.

Melalui video yang dikongsi oleh bapanya di TikTok, anaknya telah menunggang motosikal model Kriss 110 dari Melaka ke tanah suci Mekah secara berkumpulan.

Aidil menyertai Jelajah Silaturahim Malaysia ke Mekah yang bermula sejak Mac lalu dan perjalanan ini mengambil masa 2 bulan.

Ramai yang bertanya-tanya, adakah mereka solo rider? Jawapannya tidak. Mereka satu pasukan yang kompak seperti keluarga yang saling membantu.

Dengan hanya menggunakan Kriss 110, remaja berusia 18 tahun berjaya sampai  ke Mekah

Inilah barisan pasukan motorsikal Jelajah Silaturrahim Malaysia ke Mekah 2024.

Melalui hantaran di Facebook, bapanya meluahkan rasa syukur setelah mengetahui anaknya selamat tiba ke destinasi.

Alhamdulillah… Allahuakbar! Terima kasih kepada semua. Tahniah kepada “Anak Abah” Muhammad Aidil.

Remaja ini juga berkongsi persiapan sebelum perjalanan ke Mekah di akaun Facebook miliknya.

BACA:
Rakyat Jepun rasa tidak selamat dekat negara sendiri, dedah punca sebenar buat ramai terkejut
“Umur aku 12 tahun aku dah jadi bibik kepada makcik aku sebab aku kurang kemampuan, tak sangka sebegini rupa aku kena masa dengan dorang”
Niat pergi mengaji tak kesampaian, lelaki pusing kampung jual anggota badan isteri lepas ‘kerat’ dalam rumah