Dengan menggunakan bantuan orang ramai dan facebook, lelaki jumpa ibu selepas 28 tahun terpisah

Dengan menggunakan bantuan orang ramai dan facebook, lelaki jumpa ibu selepas 28 tahun terpisah.

Kehilangan seorang ibu sudah tentu akan membuatkan anak-anak terkesan

Iyalah, ibu merupakan orang yang paling dekat dengan kita sebelum kita dilahirkan lagi. Oleh sebab itu, kehilangan seorang ibu akan terasa.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki berjumpa dengan ibu kandungnya semula setelah 28 tahun telah mencuri tumpuan.

Cari balik ibu kandung di Thailand selepas 28 tahun

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki memandu ke sebuah lokasi untuk berjumpa dengan ibu kandungnya.

Dengan menggunakan bantuan orang ramai dan facebook, lelaki jumpa ibu selepas 28 tahun terpisah akibat mulut orang

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia bertekad untuk berjumpa dengan ibu kandung di Thailand setelah 28 tahun. Alasan lelaki itu menunggu selama 28 tahun adalah disebabkan ego, dia pernah mendengar cerita buruk berkenaan ibunya daripada keluarga belah ayahnya.

Menerusi temu bual di rancangan Wanita Hari Ini, punca mencari ibunya semula apabila isterinya bertanya. Isterinya itu juga memujuk suami untuk mencari ibu setelah berkali-kali suaminya meluahkan rindu pada ibu.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Cikgu Saufi memutuskan untuk post di Facebook untuk mencari ibunya. Setelah tiga hari, ada yang mengenali ibunya dan membantu misi pencarian ibu kandungnya.

“Terlalu rindu nak peluk anak sampai tak sempat keluar anak itu nak dipeluk cium. Allahu Akhbar, mata aku masuk habuk wei” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 920K tontonan, 5K tanda suka dan 400 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

BACA:
Shajarat al-Hayat, nama pokok yang berada di tengah-tengah padang pasir berumur 400 tahun
Tak sangka 10 barang yang ada dalam rumah ini sebenarnya memiliki tarikh luput yang orang ramai kena ambil tahu
Gadis alami penyakit misteri, miliki wajah yang berumur walaupun masih dalam lingkungan belasan tahun