Didera dan tak dibenarkan hamil, pengacara TV hampir-hampir tamatkan riwayat hidup sendiri

Didera dan tak dibenarkan hamil, pengacara TV hampir-hampir tamatkan riwayat hidup sendiri.

Pengacara TV terkenal di Indonesia, Zeda Salim, mendedahkan bahawa dia tidak pernah diberikan hak-haknya sebagai seorang isteri.

Selain daripada mengalami penderaan seksual dan mental, Zeda turut memberitahu bahawa suaminya, Habib Ali Jindan, tidak membenarkannya untuk hamil sama sekali.

Alasan suaminya menolak hal tersebut masih belum diketahui, padahal sebagai seorang isteri yang sah, Zeda berhak mendapatkan nafkah daripada suaminya.

Tidak mampu lagi menanggung penderitaan selama tiga tahun, Zeda membuat keputusan untuk melaporkan kejadian keganasan rumah tangga kepada pihak polis pada 24 Julai yang lalu.

Didera dan tak dibenarkan hamil, pengacara TV hampir-hampir tamatkan riwayat hidup sendiri

Peguam yang mewakili Zeda menyatakan bahawa wanita tersebut bahkan pernah cuba untuk membunuh diri kerana tekanan yang terlalu besar, dan juga mencuba mengambil ubat-ubatan terlarang.

Zeda telah meluahkan rasa kecewa melalui platform Instagram dan meminta suaminya untuk melepaskannya secara baik.

BACA:
Sebelum ditidurkan, Suhaimi Saad sempat minta maaf di media sosial
Bapa maut diserang ketika berada di rumah, kepala disorok untuk ritual sihir
Bukan kaleng-kaleng, pengantin dapat kalung duit dari keluarga sebagai hadiah