Dimaki pelanggan sebab bagi barangan tak cukup, tapi lain pula cerita lepas warganet siasat pemilik homestay ini

Dimaki pelanggan sebab bagi barangan tak cukup, tapi lain pula cerita lepas warganet siasat pemilik homestay ini.

Munculnya satu perbualan di Platform X baru-baru ini menunjukkan seorang pelanggan homestay yang bersikap biadap dengan mengeluh tentang kualiti bahan makanan yang disediakan oleh pemilik penginapan tersebut.

Melalui tangkapan skrin perbualan, pelanggan tersebut kelihatan merendahkan kualiti makanan percuma seperti beras, telur, dan kicap yang diberikan oleh pemilik homestay.

“Orang bayar RM250 bukan sikit bagilah beras elok sikit. Ingat kami ayam ke nak bagi makan beras macam tu?,” komen pelanggan tersebut.

Komen tersebut mencuri perhatian warganet yang rata-ratanya menyuarakan ketidakpuasan hati dan menganggap individu tersebut tidak bersyukur dengan kemudahan yang disediakan.

“Mana nak dapat homestay yang menyediakan makanan. Tak bersyukur langsung,”

Dimaki penginap sebab bagi barangan tak cukup, tapi lain pula cerita lepas warganet siasat pemilik homestay ini

“RM250 untuk homestay itu sudah dianggap murah dengan peralatan masak yang disediakan. Tetapi dia masih tidak tahu bersyukur, sangat mengada-ngada,” komen seorang warganet.

Walau bagaimanapun, terdapat juga pendapat bahawa tangkapan skrin tersebut mungkin hanya dihasilkan untuk tujuan promosi sebagai cara untuk memperkenalkan tempat penginapan tersebut.

“Saya rasa ini hanyalah konten untuk tujuan pemasaran, dan mesej tersebut boleh dibuat oleh sesiapa saja. Dia mahu membuat tempat penginapannya menjadi viral dengan cara ini,”

“Jelas tindakan pemasaran, dia beritahu semua secara terperinci, nama jenama, saiz barang, dan malah menyebut apa yang boleh dimasak,” komen seorang netizen.

Pada masa penulisan artikel ini, perkongsian tersebut telah mencapai lebih daripada 900,000 tontonan dan menerima 3,000 tanda suka di Platform X.

BACA:
Warganet bingung lihat gelagat wanita ini, guna minyak diesel isi dekat kereta Proton X50 miliknya
“Tanggungjawab sebagai pengerusi FDAM suatu yang berat tetapi saya teruja buat pembaharuan” – Afdlin Shauki
Keajaiban berlaku kepada pasangan ini, bayi 4 bulan diterbangkan puting beliung selamat atas pokok