Doktor bingung ketika melakukan pemeriksaan, jumpa lalat dalam usus lelaki berusia 63 tahun

Doktor bingung ketika melakukan pemeriksaan, jumpa lalat dalam usus lelaki berusia 63 tahun.

Seorang doktor di Missouri, Amerika Syarikat (AS) telah menemui sejenis lalat semasa menjalankan pemeriksaan usus terhadap seorang pesakit lelaki berusia 63 tahun.

Matthew Bechtold, Ketua Gastroenterologi di University of Missouri, bersama dengan rakan doktornya, menemui lalat tersebut dan mengesahkan bahawa lalat itu sudah mati.

Menurut laporan dari portal Independent UK, pesakit tersebut terkejut dengan penemuan ini dan tidak dapat menerangkan bagaimana serangga tersebut dapat masuk ke dalam badannya.

Pesakit tersebut memberitahu doktor bahawa dia hanya mengambil cecair sebelum prosedur pemeriksaan, dan dua hari sebelum itu, dia makan pizza dan salad, tetapi tidak ingat melihat sebarang lalat pada makanannya.

Penemuan ini kemudiannya diterbitkan dalam American Journal of Gastroenterology dan dianggap sebagai “penemuan kolonoskopi yang sangat jarang dan misteri mengenai bagaimana lalat itu dapat menemui jalan masuk ke dalam kolon”.

Bechtold mengemukakan beberapa kemungkinan cara lalat itu mungkin telah sampai ke tempat tersebut, sama ada melalui pengambilan atau dengan memasuki dubur pesakit. Namun, beliau dan rakan doktornya masih tidak pasti.

Beliau menyatakan bahawa jika lalat itu masuk melalui mulut pesakit, enzim pencernaan atas dan asid perut sepatutnya menguraikan lalat itu. Walaubagaimanapun, keadaan lalat tersebut masih baik, menjadikan hipotesis ini kurang tepat.

Bechtold berkata, “Jika (masuk) dari bawah, bukaan mesti dibuat cukup lama untuk lalat terbang tanpa dikesan ke dalam kolon dan entah bagaimana pergi ke bahagian tengah kolon tanpa cahaya dalam usus besar yang sangat melengkung.”

“Bagaimanapun, ini nampaknya tidak mungkin juga.”

Dalam beberapa kes, lalat dan larva boleh memasuki tubuh manusia dan menyerang usus, yang dikenali sebagai myiasis usus. Serangga ini boleh meletakkan telurnya pada makanan, yang kemudian dimakan oleh manusia. Dalam beberapa kes yang jarang berlaku, larva bertahan dalam asid perut dan persekitaran gastrousus, seperti yang dijelaskan oleh Perpustakaan Perubatan Negara.

Dalam kes-kes tertentu di mana larva ditemukan dalam najis pesakit, individu tersebut dilaporkan mengalami gejala seperti cirit-birit, sakit perut, mual, dan muntah.

BACA:
Bercanggah dengan tonggak akidah islam, Terengganu haramkan ajaran Mhd. Mohib Khouli
Hanya kerana nak sertai larian maraton, bapa sanggup tinggal dan kunci anak lima tahun dakam kereta
8 jenis warna baju banduan Malaysia sebenarnya memiliki maksud dan peringkat yang ramai tak tahu