Doktor dedah buat rawat dekat pesakit lelaki yang pakai 80 susuk, tak sangka orang luar pun mengamalkan ‘benda’ ini

Doktor dedah buat rawat dekat pesakit lelaki yang pakai 80 susuk, tak sangka orang luar pun mengamalkan ‘benda’ ini.

Bukan hanya masyarakat Melayu serta peribumi Sabah dan Sarawak, malah Cina dan India selain rakyat asing turut terpengaruh dengan amalan pemakaian susuk sekali gus menjadi cabaran kepada pakar perubatan mencari penyelesaian terbaik dalam mengendalikan pesakit terbabit.

Ia memerlukan kesedaran dan pengetahuan mantap mengenai susuk bagi mengelak kesilapan semasa diagnosis dan mengurus pesakit itu, namun selalunya pengamal perubatan tidak campur urusan pesakit melainkan jika mengalami jangkitan atau kecederaan pada otot.

Berdasarkan kajian kes susuk yang diterbitkan dalam Jurnal Pembedahan Mulut dan Maksilofasial Malaysia mendedahkan, pesakit dirujuk ke hospital terdiri daripada pelbagai bangsa, malah tidak terkecuali rakyat asing seperti Indonesia, Euroasia dan Korea.

Daripada 64 kes direkodkan dalam kajian itu, seorang pesakit lelaki yang tidak diperincikan maklumatnya dikesan memakai 80 susuk pada badannya selain 50 susuk ditemui pada seorang wanita Korea berusia 90 tahun serta lima pesakit masing-masing dengan lebih 20 susuk selain pesakit termuda ditemui berusia 15 tahun.

Mengakui perkara itu, pegawai perubatan di sebuah pusat perubatan swasta di Kota Tinggi, Johor, Dr Shazwanie Azeera Soberi berkata, dia pernah mengendalikan kes susuk di jabatan kecemasan pada 2020 dan 2022 membabitkan pesakit Melayu serta kaum lain.

Doktor dedah buat rawat dekat pesakit lelaki yang pakai 80 susuk, tak sangka orang luar pun mengamalkan 'benda' ini

Katanya, lazimnya pesakit berbangsa lain lebih terbuka bercerita mengenai rahsia mereka memakai susuk berbanding masyarakat Melayu.

“Saya pernah merawat seorang pesakit Cina lelaki ini berusia 77 tahun yang mengadu sakit tangan kanan selepas terjatuh.

“Selepas buat X-ray, saya tanya dia ada pasang apa-apa ke dia tergelak dan mengaku memakai emas (susuk) pada kedua-dua lengannya.

“Dedahnya, dia pakai susuk itu zaman muda ikut kawan kerana atas tujuan hendak kuat,” katanya.

Selalunya, katanya, susuk itu tidak akan dikeluarkan terutama yang tidak mendatangkan simptom atau masalah kepada pesakit kecuali dengan permintaan pesakit.

Sementara itu, Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial Hospital Cyberjaya, Dr Mohd Khairul Anwar Mohd Tahir berkata, kebanyakan kes pesakit memakai susuk ditemuinya bukan hanya dalam kalangan masyarakat Melayu, ia juga menjadi kepercayaan Cina, India serta peribumi Sabah dan Sarawak.

“Daripada perbualan bersama pesakit, biasanya orang Melayu mengamalkan susuk bagi tujuan mengikat, tarikan kecantikan dan dikasihi manakala India dan Cina lebih kepada melindungi diri daripada bala mahupun kejadian tidak diingini serta meningkatkan keyakinan diri.

“Kebanyakan pesakit saya jumpa di Sabah dan Sarawak dalam kalangan individu berusia dan di Lembah Klang saya ada jumpa pesakit muda dalam lingkungan 20-an,” katanya.

Katanya, selalunya pesakit dicadangkan membuang susuk itu menerusi pembedahan kecil dengan bius setempat mahupun pembedahan yang memerlukan pesakit ditidurkan menggunakan bius umum jika kedudukan susuk itu menjejaskan struktur otot yang lebih dalam.

“Selalunya kita akan cadangkan pesakit buang susuk terutama apabila selalunya kita nampak susuk itu pada bahagian tubuh badan yang cedera akibat kemalangan.

“Biasanya bagi pesakit berusia akan menuruti saja cadangan doktor, tetapi orang muda selalunya enggan kerana pelbagai faktor termasuk pantang larang.

“Apabila dia enggan kita tidak akan memaksa malah tetap profesional jalankan tugas sambil menerangkan risiko apabila tidak mengeluarkan susuk itu selebihnya terpulang kepada pesakit itu sendiri,” katanya.

BACA:
Konduktor bas dibantu dua individu, tiba-tiba pengsan ketika bertugas gara-gara penumpang bawa durian
Bekas pengasuh TMJ bersyukur, masih diingati ketika bertemu Permaisuri Johor dalam lawatan rakyat
Pasangan terkejut dengar tangisan bayi ketika bersiar-siar, tak sangka di tanam hidup-hidup oleh ibu bapa kandung