Doktor kongsi pengalaman sambut bayi di tepi lebuh raya Pantai Timur dalam sebuah lori.
Menurut Dr Aliff, mulanya dia bimbang ketika melihat bayi tidak bergerak selepas dilahirkan, dia kemudian mengusik kakinya sebelum si bayi itu mula menangis.
Ramai mengetahui setiap ibu yang hamil kebiasaannya akan dijangka bersalin seawal minggu ke 37 atau semasa kandungan mencecah usia 9 bulan.
Akan tetapi terdapat juga segelintir ibu bakal melahirkan pada waktu lebih awal atau lambat dan ia bergantung kepada keadaan bayi di dalam kandungan.
Oleh itu, kebiasaannya apabila sudah sampai waktu untuk melahirkan segelintir ibu akan mengambil waktu keemasan ini untuk membuat persediaan bayi, pulang ke kampung, atau berjalan sebelum sampai waktu berpantang serta banyak lagi.
Doktor kongsi pengalaman sambut bayi di tepi lebuh raya

Baru-baru ini, seorang pengamal perubatan telah berkongsi pengalamannya ketika menyambut bayi yang bakal dilahirkan dalam sebuah lori di lebuh raya Pantai Timur kilometer 21 menghala ke Kuantan.
Perkara itu dikongsikan oleh Dr Aliff Zaki menerusi ciapannya dilaman X (Twitter).
Menurut Dr Aliff, awalnya mereka mendapat panggilan tentang wanita yang ingin bersalin dan berada di dalam sebuah lori. Namun maklumat yang diterima mengenai si ibu pada saat itu adalah tidak lengkap.
Buat pemeriksaan berulang kali risau jika berlaku perkara tak diingini
Tidak mahu kelengkapan perubatan berkurang atau tidak cukup, dia kemudian membuat “beberapa kali ‘double check’ pemeriksaan barangan yang diperlukan kerana perlu bersedia jika berlaku sesuatu perkara tidak diingini.
“Dalam ambulans semua (kakitangan perubatan) berteka-teki macam mana keadaan ibu? Dah bersalin ke belum? Kalau dah, keadaan bayi macam mana?
“Sampai di lokasi kelihatan dua pegawai polis trafik mengawal lalu lintas, pintu lori terbuka luas,” ciapnya.
Kata Aliff lagi, kelihatan di bahagian rumput pakaian berlumuran dengan darah serta najis. Dia kemudian bertanya kepada suami wanita berkenaan di manakah keberadaan si ibu.
Lelaki itu kemudian menjawab si ibu berada di bahagian tempat duduk belakang lori.
“Memanjat lori bersama Optimus Prime, nampak dua susuk tubuh terbaring. Si ibu pejam mata, dan ada jasad kecil di celah kangkang.
“Hati dah berdebar aku tegur si ibu, ‘puan, boleh dengar saya cakap? Buka mata boleh?’
“Si ibu buka mata dan sahut ‘ya dengar’,” katanya dengan hati lega selepas mendengan jawapan si ibu.
Bayi dilihat tak bergerak sebelum diusik kakinya
Dr Aliff kemudian melihat keadaan bayi dan mula bimbang selepas melihat bayi itu nampak tidak bergerak namun sebaik sahaja kaki bayi dipegang dan diusik, suara si comel itu mula menangis.
“Aku teruskan prosedur potong tali pusat dan lain-lain. Bayi aku bungkuskan dengan kain tuala dan bawa keluar dari lori. Pesakit diambil oleh jururawat Sue untuk mencuci darah, periksa tahap koyak dan membersihkan ibu setakat yang boleh.
“Manakala jururawat bernama Azlina menunggu di luar untuk keperluan lain-lain.”
Segera bawa ke hospital selepas ambulans datang
Jelasnya lagi, sebaik sahaja ambulans selesai membuat pusingan U mereka kemudian membawa pesakit dan bayi ke dewan bersalin Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) di Temerloh, Pahang.
Dia dalam masa sama turut berterima kasih kepada pihak Lebuh Raya Pantai Timur, polis trafik, staf dewan bersalin di HoSHAS kerana memudahkan urusan.
Perkongsian itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai yang bangga dengan kepantasan kesemua pengamal perubatan dalam mengendali kes tersebut.
“Alhamdulillah, terbaik pasukan kesihatan.. Mak bapak tak dapat free tol LPT seumur hidup ke? Kalau syarikat penerbangan boleh dapat tiket percuma seumur hidup kalau lahir dalam pesawat”
Beranak dalam lori di lebuhraya.
— Aliff Zaki (@alepzaki) October 18, 2023
Pengalaman perkhidmatan.
Dapat panggilan ada kes nak bersalin dalam lori, lokasi LPT KM 121 hala Kuantan. Maklumat pasal ibu minimum. Sepanjang persiapan di klinik, 2-3 kali senarai semak barang-barang kerana expect the worst. pic.twitter.com/5nuQ5rBUsa