Dompet pelajar wanita ini ditemui kembali selepas 63 tahun hilang, tak sangka isi kandungannya masih elok dan bersih.
Berhadapan dengan situasi dompet hilang adalah sesuatu yang mungkin pernah dialami oleh ramai. Mungkin ada yang terlupa di mana meletakkan dompet sehingga terpaksa mencarinya berjam-jam atau berhari-hari, dan ada juga yang malangnya dompet tidak pernah ditemui.
Kejadian menarik ini berlaku di North Canton Middle School, di mana seorang penjaga sekolah secara tidak sengaja menemui dompet seorang pelajar perempuan yang hilang sejak 63 tahun yang lalu di belakang loker yang rapat pada bahagian dinding.
Penemuan ini berlaku semasa penjaga sekolah sedang membaiki loker yang kemas rapat. Apa yang mengejutkan adalah dia menemui sebuah dompet yang kelihatan usang tersembunyi di belakang loker tersebut.
Selepas penemuan itu, pihak sekolah memulakan penyiasatan untuk menjejak pemilik dompet tersebut. Setelah menyelidik, mereka mengesahkan bahawa dompet itu milik bekas pelajar sekolah bernama Patti Rumfola, yang melaporkan kehilangan dompet pada tahun 1957. Namun, Patti Rumfola sudah meninggal dunia pada usia 71 tahun.
Setelah berhubung dengan waris keluarga Patti Rumfola, pihak sekolah dan keluarganya membongkar isi dompet itu bersama-sama. Dalamnya, seperti kebanyakan gadis lain, Patti membawa sikat dan alatan solek yang masih baik, kad perpustakaan, jadual perlawanan bola sepak tahun 1956, beberapa keping gambar hitam putih, dan gula-gula getah.
Sejak penemuan ini, banyak yang teruja melihat kembali kepada zaman dahulu melalui benda-benda yang ditemui dalam dompet itu. Beberapa komen di ruangan tersebut juga menyentuh mengenai kreativiti dan sikap guru-guru ketika itu, memberikan gambaran tentang gaya hidup dan pendidikan zaman dulu.