Elak buat 5 perkara ini jika tidak mahu aircond kenderaan anda cepat rosak

Selepas menghidupkan enjin, perkara pertama yang perlu dilakukan apabila masuk ke dalam kenderaan adalah memasang pendingin hawa (air conditioner).

Dalam keadaan cuaca yang sentiasa panas di negara kita, pastinya pendingin hawa menjadi keperluan untuk memastikan pemanduan berjalan lancar.

Sukar untuk membayangkan bagaimana memandu dalam keadaan panas yang terik, dengan peluh yang mengalir begitu deras!

Lebih buruk lagi, kepala boleh menjadi sakit terasa berdenyut, terutama apabila berhadapan dengan kesesakan trafik.

Oleh itu, sebagai pemilik kenderaan, selain memberi penjagaan kepada enjin, adalah penting untuk memastikan keadaan pendingin hawa sentiasa berfungsi dengan baik.

Elak buat 5 perkara ini jika tidak mahu aircond kereta anda cepat rosak

Selain daripada menjalani servis berkala, terdapat beberapa perkara yang perlu dielakkan agar pendingin hawa tidak mudah rosak.

Jika mengalami kerosakan, ini bermakna perbelanjaan besar di bengkel. Oleh itu, mari kita sama-sama ubah tabiat buruk yang berpotensi menyebabkan kerosakan pada pendingin hawa:

  • Tutup enjin kenderaan secara perlahan

Amalkan untuk menutup pendingin hawa terlebih dahulu sebelum mematikan enjin.

Jika tidak, semasa anda menghidupkan enjin, pendingin hawa terpaksa beroperasi secara automatik. Anda perlu menyedari bahawa bateri akan terbebani untuk beroperasi semasa enjin dihidupkan.

Disebabkan prestasi bateri tidak mencapai tahap maksimum, aliran elektrik yang terhasil mungkin menjadi kurang stabil, dan ini boleh mempengaruhi prestasi pendingin hawa.

  • Kenderaan bersepah

Membiarkan sampah dan kotoran berselerak di dalam kenderaan bukan sahaja mencipta keadaan yang tidak selesa, tetapi habuk juga akan terus melekat.

Ini boleh memberi kesan terhadap prestasi pendingin hawa kerana debu dan kotoran yang terhasil mungkin akan masuk dan keluar dari penapis, menyebabkannya cepat rosak.

  • Buka tingkap semasa menggunakan ‘aircond’

Amalan ini boleh membuatkan kompresor kenderaan beroperasi lebih dari kebiasaan.

Jika amalan ini dilakukan secara kerap, mungkin aircond kenderaan anda akan menjadi lebih mudah rosak.

  • Merokok semasa memandu

Asap dan debu daripada rokok boleh menembusi bahagian penapis udara, dan aliran ini akan menyebabkan penapis menjadi cepat kotor disebabkan debu.

Akibatnya, tahap kesejukan aircond kenderaan boleh terjejas dan menjadi kurang optimum dari yang sepatutnya.

  • Pewangi kenderaan yang tidak sesuai

Pewangi jenis gel boleh berubah menjadi gas dan wap.

Apabila pewangi jenis gel terdedah kepada suhu yang sejuk, ia boleh berubah menjadi bentuk gel dan menyumbat penapis serta evaporator dalam pendingin hawa.

Sebaiknya, gunakan pewangi cecair untuk memastikan aircond anda tidak mudah terjejas dan rosak.

Sekumpulan individu buat perangai pelik, selamba makan bersila dan bersantai tepi lebuh raya
Pengusaha F&B dedah sebab utama kenapa banyak kedai makan tiada sijil halal
Warga Asing buat taman permainan macam rumah, guna pondok buat tempat tidur dan sidai pakaian