Elak dan kawal ketagihan anak makan jajan, bapa nekad kunci peti ais dengan mangga

Elak dan kawal ketagihan anak makan jajan, bapa nekad kunci peti ais dengan mangga.

Untuk mengawal anak-anak daripada kecenderungan mengambil makanan ringan, seorang bapa telah mengambil inisiatif untuk mengunci peti ais di rumah menggunakan mangga kunci.

Dalam video yang dikongsi oleh @aniwanis di TikTok, terlihat suaminya sedang memasang selak dan mangga kunci pada peti ais dengan menggunakan mesin gerudi.

Isi peti ais kecil tersebut kelihatan penuh dengan pelbagai jenis makanan ringan seperti biskut, coklat, air kotak, dan lain-lain.

Anak-anak pasangan tersebut hanya dapat tersenyum melihat tingkah laku bapanya yang mengusik mereka setelah berjaya mengunci peti ais tersebut.

Elak dan kawal ketagihan anak makan jajan, bapa nekad kunci peti ais dengan mangga

Di ruang komen, ramai netizen turut ketawa melihat gelagat keluarga ini dan kagum dengan cara mereka mengawal anak-anak daripada kecenderungan untuk memakan makanan ringan.

“Dah penuh macam itu bukan anak je teringin, saya tengok pun nak makan coklat itu,” komen Zakiah Abu Bakar.

“Nak juga buat macam ini tapi bila difikirkan semula, risau diri sendiri yang akan berasa stres kerana perlu membuka kunci mangga berkali-kali,” tulis Nur Aqillah.

@aniwanis asyik makan coklat je.. skali ayah kunci Mangga Besar 🤣🤣🤣🤣@MEGS GLOBAL SDN BHD #tiktokmalaysia #fyi #fypシ #megsfamily #funnyhusbandandwife ♬ Backsound Komedi and Prank – Faid rafanda
BACA:
Tanpa segan silu, warga asing selamba beli minyak paket subsidi di pasar raya
Isteri rentap, lempang suami berkali-kali di rumah pelacuran
Sanggup ‘sorok’ dari pengetahuan suami sah, Peguam Syarie dedah punca kerosakan nasab