Elak dari terlepas bayar cukai, LHDN ‘pasang mata’ dekat influencer yang kerap tayang kemewahan

Elak dari terlepas bayar cukai, LHDN ‘pasang mata’ dekat influencer yang kerap tayang kemewahan.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini sedang mengawasi pempengaruh media sosial dan individu yang gemar menonjolkan kekayaan dan kemewahan di platfom tersebut.

Tujuannya adalah untuk memastikan agar mereka tidak mengelak dari tanggungjawab membayar cukai.

Abang Ehsan Abang Abu Bakar, Pengarah Jabatan Pematuhan Cukai LHDN, menyatakan bahawa pengawasan ini dilakukan setiap hari melalui semua platform media sosial dan e-dagang.

Seksyen Audit Ekonomi Digital (SAED), sebuah unit khas yang ditubuhkan oleh LHDN, memainkan peranan penting dalam memantau aktiviti pempengaruh dan usahawan digital yang menikmati gaya hidup mewah tanpa membayar cukai.

SAED turut mendapati beberapa individu yang gemar menunjukkan gaya hidup mewah seperti wang tunai dan lain-lain.

Walaupun tindakan ini bukanlah satu kesalahan, pengawasan tetap diperlukan untuk memastikan mereka memenuhi tanggungjawab membayar cukai.

Abang Ehsan menyatakan bahawa LHDN sentiasa menjalankan aktiviti pematuhan berdasarkan konsep Awareness, Education and Services (AES). Aktiviti pematuhan ini dilakukan berdasarkan tahap penilaian risiko yang sesuai, yang diperoleh dari pelbagai sumber termasuk aduan awam.

“Pempengaruh yang dipilih untuk semakan pematuhan perlu memberikan bukti berkaitan aktiviti perniagaan mereka kepada LHDN semasa semakan pematuhan dijalankan,” jelasnya.

Tambahnya lagi, SAED menjalankan tugas ini di ruang komen media sosial milik pempengaruh dan usahawan digital yang telah dikenal pasti. Tujuannya adalah untuk mempengaruhi perilaku pempengaruh media sosial agar membuat keputusan untuk mematuhi undang-undang percukaian.

Dengan cara ini, pihaknya berharap dapat meningkatkan kesedaran pembayar cukai, selaras dengan pendekatan AES.

BACA:
“Aku tak sangka, macam ni aku kena lepas kawin, paling teruk aku kena dengan dia lepas dia balik bercuti dari Istanbul”
Hotel usang dan lama terbiar dapat ‘rating’ tinggi dalam aplikasi penginapan, individu siap tunjuk bukti
Cara pelik dan tak masuk dek akal, wanita dikecam guna Paracetamol untuk lembutkan daging