JebatDerhaka

Elak dari tulis nama Allah pada kad jemputan kahwin, boleh membawa kepada masalah seperti ini

Elak dari tulis nama Allah pada kad jemputan kahwin, boleh membawa kepada masalah seperti ini.

Salah satu senarai penting yang diperlukan oleh bakal pengantin untuk majlis perkahwinan adalah kad jemputan kahwin. Walaupun zaman telah moden, kad jemputan ini masih digunakan secara tradisional sebagai jemputan rasmi.

Dalam menyusun ayat kad jemputan, bakal pengantin dinasihatkan untuk tidak menggunakan kalimah Allah pada kad jemputan perkahwinan. Seorang lelaki berkongsi pandangan bahawa perkataan seperti “Assalamualaikum” atau “Bismillahirahmanirahim” adalah perkataan yang suci dan mulia.

“Pernah ada tulis Assalamu alaikum Waramah tullah atau pun Bismillahirahmanirahim. Itu bukan perkataan biasa. Ia adalah perkataan yang suci dan mulia. Jangan sesekali menulisnya pada kad jemputan kahwin, sama ada dalam tulisan rumi atau tulisan jawi,” katanya.

Menurutnya, tidak perlu menulis perkataan-perkataan tersebut, kerana ia tidak memberikan kesan yang signifikan pada kad jemputan. Sebagai gantinya, dia mencadangkan menggunakan perkataan seperti “Salam sejahtera” atau “Selamat sejahtera” sebagai pengganti.

Elak dari tulis nama Allah pada kad jemputan kahwin, boleh membawa kepada masalah seperti ini

Lelaki tersebut turut memberi amaran bahawa si penerima kad mungkin akan merasai kesan jika kad tersebut tidak dijaga dengan baik dan dibuang ke tempat yang tidak sewajarnya. Bagi penerima yang kurang berpengetahuan mengenai hukum menjaga kesucian nama Allah, ini boleh mengakibatkan dosa besar kerana tidak menjaga nama Allah dengan baik, terutamanya jika kad tersebut dibuang ke tempat yang tidak layak, seperti tong sampah atau longkang.

Beliau menasihati agar kad jemputan itu dimusnahkan mengikut hukum hakam yang ditetapkan, dan tidak dibuang atau dilangkahkan secara sembarangan. Akhir kata, beliau berharap agar kesalahan ini tidak diulangi, terutamanya oleh mereka yang menghantar kad ucapan atau kad perkahwinan. Cukuplah dengan menulis nama jemputan, tarikh, tempat, dan waktu majlis sebagai informasi yang mencukupi.

BACA:
Sejak berkahwin dengan suami, Nora Danish ‘diapit’ bodyguard, ini rupanya punca sebenar
Bahaya cacing parasit, kulit jadi kemerah-merahan dan melepuh, selalu ada dikawasan pasir pantai
Warga asing buat video dapat beli barang bersubsidi, siap menganjing longgok minyak dan gula atas meja