Elak penggunaan keldai akaun, bank di Malaysia perketatkan syarat untuk buka akaun bank baru

Institusi perbankan di Malaysia kini telah memperketat syarat-syarat pembukaan akaun baru sebagai langkah proaktif untuk mencegah penyalahgunaan akaun oleh sindiket penipuan yang telah menyebabkan kerugian besar kepada rakyat Malaysia.

Keperluan tambahan seperti bukti pendapatan atau surat pengesahan pekerjaan kini diwajibkan dalam proses pembukaan akaun.

Sebelum ini, prosedur pembukaan akaun agak mudah, hanya memerlukan MyKad dan bukti alamat. Namun, dengan peningkatan kes penipuan dalam talian, pihak bank kini lebih berhati-hati untuk memastikan setiap pembukaan akaun adalah sah.

Elak penggunaan keldai akaun, bank di Malaysia perketatkan syarat untuk buka akaun bank baru

Pihak bank juga akan memberi perhatian khusus kepada pelajar, suri rumah, dan warga emas kerana golongan ini sering menjadi sasaran mudah bagi penipu.

Data menunjukkan bahawa pada tahun 2023, terdapat 34,497 kes penipuan dalam talian yang dilaporkan di Malaysia, dengan jumlah kerugian mencecah RM1.218 bilion.

Jenis penipuan yang paling kerap berlaku adalah penipuan melalui pesanan ringkas (SMS), penipuan identiti palsu dalam talian, dan penipuan melalui panggilan telefon. Khusus bagi jenis penipuan yang terakhir, sebanyak 10,348 kes dilaporkan dengan jumlah kerugian mencapai RM352.9 juta.

BACA:
Jep ‘reply’ komen netizen tentang sindiran yang ditujukan untuk Shuib dan Mamat – “nak borak boleh tapi..”
Ibu alami Hoarding Disoder tak sedar rupanya ‘sebumbung’ dengan tengkorak anak selama 20 tahun
Photoshoot paling maut tahun ini, pengantin nyaris digilis kereta api di Tanah Merah