Elak perasaan riak dan takbur, AZ Pemurah selesa sorok identiti ketika melakukan kerja kebajikan

Elak perasaan riak dan takbur, AZ Pemurah selesa sorok identiti ketika melakukan kerja kebajikan.

Walaupun sudah beberapa kali menerima desakan untuk mendedahkan identiti dan wajahnya, pemberi sumbangan yang dikenali sebagai AZ Pemurah lebih selesa menyembunyikan wajahnya sendiri ketika memberikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

AZ Pemurah berkongsi bahawa dia lebih suka untuk menyembunyikan identitinya kerana takut akan timbul perasaan riak dan takbur, terutama ketika melakukan kerja-kerja kebajikan.

“Memang ramai yang tanya, siapa AZ Pemurah ini. Kalau dalam video atau gambar pun, memang saya tak akan tunjuk wajah. Bukan apa, lebih kepada menjaga diri sendiri daripada pelbagai perasaan takbur dan riak.

Elak perasaan riak dan takbur, AZ Pemurah selesa sorok identiti ketika melakukan kerja kebajikan

“Saya mahu buat kebajikan, bantu orang tanpa perlukan perhatian. Cukuplah Tuhan tahu niat dan keikhlasan saya. Ini adalah cara saya berkongsi rezeki dan mengumpul amal menuju ke alam berbeza,” ujarnya.

AZ Pemurah mengungkapkan kekecewaannya terhadap perhatian yang terlalu banyak dan rasa takbur, oleh itu, dia tetap memilih untuk mengekalkan privasi dan tidak mendedahkan wajahnya ketika melakukan amal.

TIKTOK

BACA:
Pelancong wanita buat perangai, selamba guna cat kuku dalam pesawat
Sangat murah hati dan prihatin, ini punca kenapa rumah arwah Suhaimi Saad tiada mesin basuh
Cara mudah nak sekat video yang bukan untuk kanak-kanak, elak anak terpengaruh dengan ‘benda’ yang tak sepatutnya