Fakta yang ramai tak tahu, kos hukuman gantung sampai mati sebenarnya boleh cecah ribuan ringgit

Setiap tali gantung yang berharga sekitar RM4,000 hingga RM5,000 turut mempunyai nombor siri dan telah diuji ketahanannya.

Undang-undang di Malaysia menetapkan pelbagai jenis hukuman kepada individu yang didapati bersalah dalam apa-apa pertuduhan.

Kebiasaannya, hukuman tersebut termasuklah denda, penjara, sebatan, gantung sampai mati, dan lain-lain.

Fakta yang ramai tak tahu, kos hukuman gantung sampai mati sebenarnya boleh cecah ribuan ringgit

Antara kesalahan yang boleh membawa kepada hukuman gantung sampai mati di Malaysia adalah seperti pembunuhan dengan niat, pengedaran dadah, dan memiliki senjata api.

Melalui sebuah video yang dimuat naik di laman Facebook (SheNurbaizura Atiqah), individu ini telah berkongsi mengenai kos dan proses hukuman gantung sampai mati bagi seorang banduan.

Menurut data tahun 2018, kos untuk menjalankan hukuman gantung terhadap banduan di Malaysia adalah sebanyak RM1,975.

Selain itu, terdapat tambahan kos sebanyak RM800 yang perlu dibayar sekiranya mayat banduan yang telah dihukum gantung sampai mati tidak dituntut oleh ahli keluarga.

Tali gantung yang digunakan diimport dan diperbuat daripada jenis kut yang paling berkualiti, serta dibalut dengan kulit lembut agar tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap tali gantung yang berharga sekitar RM4,000 hingga RM5,000 turut mempunyai nombor siri dan telah diuji ketahanannya.

Pada tali gantung yang sama, terdapat alat yang dipanggil ‘brass knuckle’ yang berfungsi untuk mematahkan tengkuk banduan ketika hukuman dijalankan.

Apabila kepala banduan telah dimasukkan ke dalam tali gantung, mereka akan berdiri di atas pintu perangkap yang berketinggian 5.18 meter.

Dalam tempoh 15 saat, pintu perangkap tersebut akan dibuka sepenuhnya selepas gear ditarik.

Selepas tempoh tersebut, nyawa banduan akan berakhir dalam masa 30 saat hingga satu minit sebelum banduan diturunkan dan diletakkan di atas troli selepas 30 minit tergantung.

Baru-baru ini, Malaysia gempar dengan hukuman gantung yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Selasa lalu (23 Julai) terhadap enam orang pesalah dalam kes kematian seorang pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Enam bekas penuntut UPNM tersebut didapati membunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain pada 2017 dan dijatuhi hukuman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Enam tertuduh yang kini berusia 28 tahun adalah:

Muhammad Akmal Zuhairi Azmal
Muhammad Azamuddin Mad Sofi
Muhammad Najib Mohd Razi
Muhammad Afif Najmudin Azahat
Mohamad Shobirin Sabri
Abdoul Hakeem Mohd Ali

Pendakwaan berpendapat bahawa tindakan keenam-enam tertuduh yang mendera sehingga menyebabkan 80% badan Zulfarhan melecur adalah perbuatan melampau.

Mahkamah Rayuan menyifatkan kes pembunuhan tersebut sebagai jenayah kekejaman yang sangat jarang ditemui.

BACA:
Pelakon tumbuk teman wanita dalam kereta, mata dan badan jadi sasaran
Cinta pandang pertama, gadis muda pilih warga emas beza umur 57 tahun sebagai teman hidup
Pelajar 16 tahun menang pertandingan SSC 2024 anjuran Apple untuk cipta aplikasi ‘Tracklist’