Farid Kamil dan isteri dikecam, gara-gara makan mi kari dekat premis yang diragui

Farid Kamil dan isteri dikecam, gara-gara makan mi kari dekat premis yang diragui.

Pasangan selebriti terkenal, Diana Danielle dan Farid Kamil, menjadi tumpuan netizen kerana dinilai memakan mi kari yang status atau sijil halalnya diragui.

Dalam perkongsian tersebut, Diana dan Farid menjelaskan bahawa mereka telah menghubungi pihak pengurusan pusat utama untuk mendapatkan kepastian mengenai status halal dan diberitahu bahawa salah satu cawangannya mempunyai kebolehan mesra Muslim.

“Mereka mencadangkan kami ke cawangan di Balakong kerana (berstatus) mesra Muslim dan menunya adalah berasaskan makanan laut.

“Sekiranya ada pertanyaan, sila hubungi mereka dulu,” ujar mereka dalam Instagram.

Perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, termasuk dakwaan bahawa restoran tersebut tidak mempunyai sijil halal.

“Mesra Muslim tidak menjamin makanannya halal, niat saya hanya menegur sesama umat Islam.

“Kedai ini tak halal, dekat dengan rumah saya,” ujar seorang netizen.

Selain itu, netizen turut memuji kemesraan Diana dan Farid yang dilihat semakin bahagia selepas rujuk pada Ogos lalu.

BACA:
Sejak berkahwin dengan suami, Nora Danish ‘diapit’ bodyguard, ini rupanya punca sebenar
Bahaya cacing parasit, kulit jadi kemerah-merahan dan melepuh, selalu ada dikawasan pasir pantai
Warga asing buat video dapat beli barang bersubsidi, siap menganjing longgok minyak dan gula atas meja