Gadis cedera ketika serang majlis khatan anak kekasih gelap bapa, nenek sendiri ‘backup’ dan bersubahat

Seorang anak perempuan yang mendedahkan hubungan sulit bapanya dengan wanita lain yang dipercayai sudah lama terjalin telah menarik perhatian netizen.

Dalam satu hantaran di X, gadis tersebut memuat naik video yang menunjukkan dia bersama ibunya menyerang si bapa dalam sebuah majlis berkhatan yang diadakan pada Khamis.

Difahamkan majlis tersebut diadakan untuk bayi lelaki yang dilahirkan oleh wanita skandal bapanya itu dan difahamkan mereka masih belum bernikah.

Gadis cedera ketika serang majlis khatan anak kekasih gelap bapa, nenek sendiri 'backup' dan bersubahat

Apabila memasuki rumah wanita berkenaan, gadis itu dihalang oleh sekumpulan tetamu yang dipercayai ahli keluarga bapanya.

Susulan itu, berlaku pertengkaran luar biasa yang menyebabkan gadis itu mengalami kecederaan luka di beberapa bahagian ba dan, dalam kejadian di Indonesia.

Bagaimanapun, si anak berjaya bertemu dengan bapanya yang ketika itu lengkap berpakaian kemeja hitam seperti seseorang yang menghadiri acara rasmi.

“Kecewa. Sakit… sakit!” kata gadis itu sambil memegang dada sebagai tanda betapa kecewa dirinya.

Foto menunjukkan kesan luka dikongsikan gadis itu di X.

Kedengaran suara gadis itu bercakap dengan bapanya dalam keadaan menjerit dan menangis teresak-esak.

“Memang penat di sini (dalam majlis). Sakit betul dihina ayah sendiri. Saya sayang ayah, tapi ayah asyik sakitkan hati kami sekeluarga,” tulis gadis itu dalam ruangan kapsyen.

Sementara itu, ibu kepada gadis ini memberitahu bahawa anaknya sudah dua kali cuba membunuh diri.

“Dia mahu mengakhiri hidupnya dua kali. Kerana siapa? Kerana Nita (nama pelaku yang didakwa) menghantar gambar bogel dia dan suami saya kepadanya (anak).

“Tahukah ayah? Mentalitinya rosak!” kata ibu menjerit kepada seseorang yang cuba menenangkan suasana tegang tersebut.

Selepas video yang dimuat naik gadis itu menjadi tular, netizen mula ‘menyerang’ Nita dengan menghantar mesej kepadanya melalui akaun Instagram.

“Puan, insaflah, jangan jadi perampas,” tulis netizen.

Tidak berdiam diri, Nita membalas salah satu mesej yang diterima dengan ayat yang dikatakan ‘santai’ dan tidak berasa malu dengan kata-katanya.

“Maaf saya bukan perampas. Isteri pertamanya tidak bercerai jadi Nita bukan perampas tapi mahu hidup bersama secara bertiga,” kata Nita.

BACA:
Lelaki suara perempuan fasih berbahasa melayu, cuba positif walaupun sering dikatakan sengaja ‘buat-buat’
Pemilik menangis tak berlagu, kereta parkir dekat Stesen LRT Awan Besar dipecah ‘seseorang’
Budak umur 4 tahun hidup dengan penagih dadah tidur dikelilingi timbunan sampah sarap dalam rumah