Gadis yang hilang pada tahun 1976, ditemui kembali selepas 47 tahun, jumpa dengan cara yang tak disangka.
Sudah 47 tahun hilang tanpa khabar berita, penemuan sosok wanita tua bernama Petronela Lela cukup mengejutkan ahli keluarganya. Menurut kronologi asal, Petronela Lela (kini digelar Oma Nela) hilang pada usia 20 tahun ketika menjual sayur di pasar dengan ibu saudaranya. Oma Nela meminta izin sebentar untuk pergi membeli pisang, namun sejak itu dia tidak pernah kembali lagi.
Ayah yakin anak perempuannya masih hidup
6 tahun pertama kehilangan, pihak keluarga sudah melakukan macam-macam cara dan mencari ke banyak tempat yang berpotensi untuk menjumpai Oma Nela. Walaupun seperti tiada harapan lagi, firasat Yosep Koa selaku ayah masih kuat mengatakan bahawa anak perempuannya masih hidup. Satu hari, mereka nekad mendapatkan bantuan seorang dukun tradisional bagi mengetahui tentang keberadaan Oma Nela.
“Nela masih hidup. Di masa hadapan, cucu dia sendiri yang akan datang ke rumah kamu. Berpeganglah dengan kata-kata ini” – Dukun
Seorang pelajar universiti datang bermalam di rumah
Hari berganti hari, bulan berganti bulan, pihak keluarga meneruskan hidup seperti biasa meskipun Oma Nela masih gagal dikesan. Sampailah pada bulan Ogos lalu, akhirnya keajaiban Tuhan seakan memberi sinar baru buat mereka. Seorang pelajar universiti bernama Wilda telah bertandang ke kampung tersebut untuk melaksanakan KKN (projek kemasyarakatan). Kebetulan juga, Wilda telah bermalam di rumah Opa Kanis yang merupakan adik kepada Oma Nela.
Keluarga terkejut lihat persamaan 6 ciri khas
Bagaimana mereka tahu Wilda ada kaitan dengan Oma Nela? Daripada persamaan gestures tubuh, Opa Kanis tiba-tiba teringat kepada Oma Nela. Tanpa menunggu lama, mereka terus bertanya mengenai keturunan selain meminta Wilda tunjukkan gambar neneknya. Sekilas pandang, keluarga Opa Kanis yakin itulah Petronela Lela yang sudah 47 tahun menghilang. Kemudian, Wilda menghubungi ibunya pula untuk tahu tentang asal usul kampung mereka. Namun si ibu menyebut nama desa yang berbeza dan berkata mungkin keluarga Opa Kanis tersilap orang.
Oma Nela akhirnya pulang ke pangkuan keluarga
Tidak berputus asa, keluarga Opa Kanis berkeras datang sen diri berjumpa dengan Oma Nela. Yosep Koa selaku bapa amat terkejut setelah melihat wanita itu. Tahi lalat di mata, ibu jari kaki besar & sedikit senget, kesan parut di kaki, pandai meniup seruling dan suka makan sirih bersama tembakau. Kata keluarganya, ini adalah 6 ciri khas Petronela Lela dan semua persamaan itu turut ada pada Oma Nela. Siapa sangka, kata-kata dukun yang mereka temui dulu kini sudah menjadi kenyataan. Asbab Wilda datang ke kampung mereka akhirnya merungkai tanda tanya yang sudah lama dinanti-nantikan. Difahamkan, Oma Nela telah mengalami amnesia (hilang ingatan) yang menyebabkan memorinya hilang di usia 20 tahun. Hilang ketika masih gadis, kini dia kembali sebagai nenek berusia 67 tahun.