Gara-gara ‘dilibas’ guru disiplin tanpa sebab yang kukuh, pelajar tak hadir ke sekolah selama 2 bulan akibat trauma

Gara-gara ‘dilibas’ guru disiplin tanpa sebab yang kukuh, pelajar tak hadir ke sekolah selama 2 bulan akibat trauma. Trauma dirotan guru disiplin, membuatkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua ketakutan untuk hadir ke sekolah sejak dua bulan lalu.

Ibu mangsa, Surayah Ismail, 52, berkata, kejadian yang menimpa anak bongsunya daripada tujuh beradik itu berlaku pada Jun lalu di mana anaknya dirotan di bahagian betis sehingga menyebabkan lebam dan bengkak.

Difahamkan, pelajar itu dirotan kerana gagal menunjukkan sebab ketidakhadirannya ke sekolah sehari sebelum kejadian.

Apabila pelajar berkenaan hadir ke sekolah seperti biasa pada keesokan hari, dia dan beberapa rakannya telah dipanggil oleh guru disiplin dan dirotan di hadapan khalayak ramai pada perhimpunan pagi.

“Sehari sebelum anak saya dirotan, saya sendiri sudah menghubungi guru kelasnya tetapi tidak dijawab. Kemudian saya menghantar pesanan melalui WhatsApp untuk memaklumkan anak saya tidak dapat hadir ke sekolah kerana demam bisul di telinga.

Gara-gara 'dilibas' guru disiplin tanpa sebab yang kukuh, pelajar tak hadir ke sekolah selama 2 bulan akibat trauma

“Keesokan harinya apabila anak hadir ke sekolah, dia dan rakan-rakan dipanggil oleh guru disiplin semasa perhimpunan pagi.

“Anak saya dirotan di bahagian betis di hadapan khalayak ramai tanpa sebab yang kukuh,” katanya.

Insiden memalukan itu membuatkan anaknya enggan hadir ke sekolah kerana bimbang diejek oleh guru dan rakan lain. Selain bimbang tidak dapat memberi perhatian pada pembelajaran ekoran mentalnya mengalami tekanan serius.

Surayah dan keluarganya sehingga kini masih berusaha mencari jalan untuk memulihkan anaknya itu, malah membawanya menjalani pelbagai jenis rawatan untuk memulihkan traumanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu. Siasatan lanjut sedang dijalankan.

BACA:
Sudah 6 tahun berkahwin, lelaki ini baru tahu yang isterinya…
“Homestay cantik dan berada ditepi laut, aku tak sangka family aku kena gangguan yang macam tu”
Jarang-jarang berlaku, lelaki terselamat dipanah petir sebanyak 2 kali, kejadian dilihat oleh anak dan isteri