JebatDerhaka

Gara-gara hantaran, wanita tamatkan riwayat hidup dalam bilik hotel

Gara-gara hantaran, wanita tamatkan riwayat hidup dalam bilik hotel.

Seorang wanita berusia 25 tahun yang bakal mendirikan rumah tangga pada Januari 2024 ditemui terkulai dalam sebuah almari di bilik pusat penginapan OYO pada 13 November lalu. Waktu check-out sudah 2 jam berlalu, namun pekerja hotel merasa pelik Shintia Indah Permatasari masih tidak keluar lagi. Oleh kerana itu, mereka memutuskan untuk masuk menerusi tingkap untuk memeriksa keadaan Shintia.

Polis telah mengesahkan bahawa tidak terdapat sebarang unsur jenayah dalam kes ini. Terkejut dengan penemuan tersebut, pihak hotel segera menelefon polis untuk mendapatkan bantuan lanjut. Selepas post mortem dijalankan, tiada kecederaan ditemui pada tubuh Allahyarhamah Shintia. Pihak polis yang tidak mengesan apa-apa unsur jenayah mencurigakan yakin bahawa kemungkinan besar wanita tersebut telah mengakhiri hidup sendiri.

Gara-gara hantaran, wanita tamatkan riwayat hidup dalam bilik hotel

Shintia, yang sudah mempersiapkan barang untuk majlis nikah yang sepatutnya berlangsung pada tahun depan, dikatakan turut memiliki foto pre-wedding. Wanita tersebut juga disebut-sebut telah menyiapkan goodies yang bakal diberikan kepada tetamu ketika hari pernikahan berlangsung nanti. Namun, harapannya untuk mengadakan majlis tersebut dalam masa kurang 2 bulan telah pupus.

Di samping isu restu keluarga yang dikatakan menjadi halangan untuk pernikahan, terdapat spekulasi yang menyatakan bahawa Shintia tertekan selepas pihak lelaki meminta hantaran bernilai besar. Individu yang datang ke upacara pengebumian mendakwa bahawa keluarga lelaki meminta Shintia menyediakan wang hantaran sebanyak RM150,000. Adat daerah Pariaman (Padang, Indonesia), khususnya di kalangan masyarakat Bugis, menetapkan bahawa perempuan perlu menyediakan hantaran untuk lelaki, namun kesepakatan dari kedua-dua belah pihak diperlukan untuk mengelakkan sebarang bebanan yang dirasai.

BACA:
Pihak tak bertanggungjawab buat perangai, letak ‘hidden camera’ dalam tandas di sebuah stesen minyak
Tak sangka ada sebenarnya ada tempat-tempat tertentu tak boleh letak dalam Google Maps, kalau ‘search’ pasti tak jumpa
Transgender kembali ke fitrah asal menunaikan Umrah, tak sangka ini respon orang sekeliling ketika berada di sana