JebatDerhaka

Gara-gara orang bandar, nyamuk aedes pun boleh kena denggi

Gara-gara orang bandar, nyamuk aedes pun boleh kena denggi.

Nyamuk aedes juga berisiko mendapat jangkitan daripada manusia yang terkena denggi dan seterusnya menyebarkannya kepada manusia lain.

Menurut perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di laman Facebook, nyamuk aedes wujud di kampung, tetapi nyamuk tersebut belum tentu membawa virus denggi.

“Apabila individu yang terjangkit pulang ke kampung, nyamuk di kampung boleh menjadi terjangkit apabila menggigit pesakit denggi,” kata PHM.

Dalam perkongsian yang sama, PHM juga menasihatkan orang ramai untuk berehat di rumah jika tidak sihat akibat penyakit berjangkit.

Gara-gara orang bandar, nyamuk aedes pun boleh kena denggi

“Biasanya, individu yang terjangkit virus denggi akan membawa virus dalam darah selama lima hari (viremia). Jika anda telah disahkan mengidap denggi, berehatlah di rumah, elak melancong atau pulang ke rumah, gunakan aerosol untuk membasmi nyamuk, dapatkan rawatan, dan gunakan ubat nyamuk,” jelasnya.

Sebagai catatan, jumlah kes denggi pada tahun ini hingga 16 Disember lalu meningkat sebanyak 117,505 kes berbanding dengan 62,060 kes pada tahun 2022.

BACA:
Untuk tumbesaran bayi yang lebih sihat, elakkan dari bagi madu, ini punca yang ramai tak tahu
Pihak tak bertanggungjawab buat taman permainan jadi kebun sayur, ramai puas hati tengok MBAS cantas tanaman
“Awak akan meninggal dunia sebagai failure” – Pelajar beri komen biadap kena ‘sound’ dengan guru