Gara-gara percaya ‘dukun’ boleh buang jin dalam badan, bapa kehilangan anak selepas bawa berendam dekat laut

Gara-gara percaya ‘dukun’ boleh buang jin dalam badan, bapa kehilangan anak selepas bawa berendam dekat laut.

Gara-gara terpedaya dengan nasihat dukun yang mendakwa boleh membuang gangguan jin, seorang bapa kehilangan anak perempuannya buat selama-lamanya.

Kanak-kanak warga Arab Saudi itu mati lemas selepas dinasihatkan dukun palsu terbabit supaya berendam di laut bagi merawat penyakitnya.

Media tempatan melaporkan, budak perempuan itu yang tinggal di wilayah Tabuk, utara Arab Saudi dibawa bapanya bertemu suspek berusia 85 tahun, baru-baru ini selepas dimaklum yang lelaki itu handal membuang jin.

Suspek mendakwa mempunyai kuasa untuk mengusir jin daripada badan yang dirasuk dan memberitahu air laut mampu merawatnya.

Gara-gara percaya 'dukun' boleh buang jin dalam badan, bapa kehilangan anak selepas bawa berendam dekat laut

Malangnya, kanak-kanak itu lemas ketika sesi rawatan yang dijalankan di luar wilayah Duba, Tabuk.

Pihak berkuasa melakukan siasatan lanjut terhadap kes itu dan suspek sudah ditahan, manakala mayat kanak-kanak diserahkan kepada bapanya untuk pengebumian.

Sebelum ini, dukun itu pernah dilihat membawa unta buta ke tepi pantai untuk rawatan menggunakan air laut kerana mendakwa ‘menghidu’ jin dalam badan haiwan itu.

SUMBER

BACA:
Ibu terkilan tengok badan anak berusia 13 bulan lebam kebiruan, terkejut dapat tahu bibik keruk guna syiling untuk buang angin
Guru tergamak umpan anak murid berusia 12 tahun ‘check in’ hotel di Genting Highland lepas balik sekolah
Wanita berhampas pulas kumpul duit tebus emas miliknya, kena ‘scam’ lepas bantu bayar hutang kawan