Gara-gara tidur ‘sebantal’ dengan ibu bapa, budak lelaki 6 tahun tiru aksi keluarkan alat sulit depan kawan

Gara-gara tidur ‘sebantal’ dengan ibu bapa, budak lelaki 6 tahun tiru aksi keluarkan alat sulit depan kawan.

Ibu bapa sepatutnya mengasingkan bilik tidur anak-anak apabila usia mereka sudah mencecah lebih tiga tahun untuk menjaga batas dan diasuh menjadi berdikari.


Ia juga bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingin seperti yang dikongsikan seorang wanita yang dikenali sebagai Puteri Kasim di TikTok.


Menerusi perkongsian tersebut, dia menceritakan tentang satu kejadian dilalui kenalan perempuannya yang memiliki dua cahaya mata lelaki berusia enam dan tiga tahun.


Insiden itu berlaku melibatkan anak lelaki berusia enam tahun yang meniru aksi hubungan seksual yang dilakukan oleh ibu bapanya ketika sedang tidur.


“Satu hari itu dia kena panggil dengan cikgu… anak dia (6 tahun) buat hal. Dia pun pergilah sekolah, dan cikgu nasihat. Tanya dulu, ‘puan boleh saya tahu anak tidur sekali ke asing?’.

Gara-gara tidur 'sebantal' dengan ibu bapa, budak lelaki 6 tahun tiru aksi keluarkan alat sulit depan kawan


“Dia jawab memang tidur sekali. Lepas itu, cikgu itu cakap tak boleh anak kena tidur asing. Paling-paling pun umur 3 tahun dah kena tidur asing. Sebab anak akan dengar dan serap apa yang dia dengar.


“Bila dia dengar, dia akan ikut apa yang dia tengok. Bila dia tidur puan, sebenarnya dia tak tidur. Cikgu itu cakap ‘puan anak puan hari ini dia buat satu benda yang tak normal budak-budak buat’.


“Tapi nasib la cikgu itu cakap elok-elok. Anak puan itu keluarkan bebird dan suruh kawan dia buat dekat bebird dia pula. Dia paksa kawan dia buat ‘that thing’. Bila cikgu tanya, dia cakap sebab dia selalu tengok mak dan bapa dia buat waktu dia tidur,” kongsinya.


Daripada kisah yang berlaku ini, ibu bapa dinasihatkan menyediakan tempat tidur berasingan buat anak-anak supaya tidak terjadinya insiden seperti itu.

BACA:
Rakyat Malaysia cerita detik cemas saat gempa bumi berlaku di Maghribi, seakan-akan macam berlaku kiamat
Individu terkilan ‘owner’ kedai sambil lewa masa membuat bayaran , dikenakan cas RM24 untuk sebungkus nasi
Rangka ibu dan anak ditemui dalam bilik air sebuah rumah, sempat tinggalkan pesanan ringkas dekat komputer riba