Geli tengok lelehan sos dan kicap keliling botol, 2 teknik ni sangat berkesan untuk pastikan botol sentiasa bersih.
SOS pencicah dan kicap dalam bentuk botol adalah bahan tambah perasa yang penting dalam setiap dapur. Walau bagaimanapun, penggunaan sos secara kerap boleh menyebabkan ‘mulut’ botol menjadi kotor disebabkan lelehan yang terjadi selepas menuangkan.
Keadaan ini membuatkan botol menjadi melekit dan tidak selesa dipegang. Bagaimana untuk mengelakkan situasi ini?
Untuk mengatasi masalah lelehan, seorang pengguna TikTok, Awang Dapur, berkongsi dua cara untuk mengelakkan botol sos menjadi comot selepas digunakan.
Guna pad kapas bulat
Lipat kapas sehingga membentuk segi tiga.
Potong bahagian muncung kapas mengikut ukuran lilit yang boleh melepasi penutup botol.
Cara ini membantu mengelakkan lelehan sos dari meresap ke bahagian bawah botol selepas disumbat oleh kapas.
Teknik menuangkan sos
Lakukan beberapa putaran dalam mangkuk sebelum menghentikan tuangan sos untuk mengelakkan lelehan berlebihan.
Kaum Awang menyatakan bahawa kaedah ini dapat mengelakkan botol sos daripada menjadi kotor.
Secara keseluruhannya, cara-cara ini membantu mengurangkan lelehan sos dan mencegah sisa-sisa yang terdedah daripada berkembang kulat. Kotoran pada botol sos boleh menjadi sumber tarikan untuk haiwan perosak seperti lipas dan tikus, yang boleh membawa kepada masalah kesihatan seperti sakit perut. Mengikut nasihat berguna ini adalah penting untuk memastikan kebersihan dan kesihatan yang baik.
@awangdapur Replying to @CatMeowMeow Tips no 15: Elak botol sos kotor. #awangdapur #fyp #tipsdapur #tipsdapurbersih #tipsbotolsos ♬ SALSA HABANERO – MICHAEL WAYNE JONES