Geliganya orang-orang Palestin, para isteri mengandung dan melahirkan anak walaupun bapanya berada ditahanan

Geliganya orang-orang Palestin, para isteri mengandung dan melahirkan anak walaupun bapanya berada ditahanan.

Ketabahan dan kesabaran rakyat Palestin dalam menghadapi ujian yang berat telah mendapat pengagum di seluruh dunia. Sikap tabah ini juga telah mempengaruhi beberapa individu pemerhati konflik di kawasan tersebut untuk memeluk agama Islam.

Walaupun berada dalam keadaan yang mencabar, rakyat Palestin dikatakan mempamerkan pendekatan yang cerdik dan usaha untuk mencari penyelesaian dalam mengatasi krisis yang mereka lalui.

Dr. Fauziah Mohd Hasan, seorang ahli Lembaga Pengarah MyCARE, mendedahkan kebijaksanaan rakyat Palestin yang melebihi jangkaan kita.

Dalam satu ceramah, Dr. Fauziah berkongsi kisah mengenai satu pendekatan yang diambil oleh rakyat Palestin untuk mengekalkan keturunan ketika berada dalam tahanan zionis, iaitu dengan menyeludupkan sperma.

“Setelah ditangkap, mereka tidak tahu bila akan dibebaskan. Namun, mereka tidak menyerah. Mereka menyeludupkan sperma dari penjara dan membawanya keluar untuk menjalani rawatan IVF dengan telur isteri mereka,” ujarnya.

Geliganya orang-orang Palestin, para isteri mengandung dan melahirkan anak walaupun bapanya berada ditahanan

Dalam sesi ceramah tersebut, Dr. Fauziah turut berkongsi gambar seorang isteri yang penuh kegembiraan menerima kelahiran anak mereka hasil daripada usaha tersebut.

Dr. Fauziah turut mengungkapkan kagumannya terhadap ketekunan dan kebijaksanaan rakyat Palestin.

“Saya tidak dapat membayangkan bagaimana mereka dapat menyeludupkan sperma itu ke Gaza dan sperma tersebut masih mampu hidup, seterusnya menghasilkan anak. Setiap masalah, mereka dapat mencari penyelesaian. Mereka mencari jalan untuk menyelesaikan masalah, seperti kejadian pada 7 Oktober yang lalu, di mana mereka diserang dari pelbagai sudut tetapi mereka tetap mencari cara untuk menyelesaikannya,” katanya.

Sebagai tambahan, melalui perkongsian lain, terdapat keterangan yang menyatakan bahawa ada yang menonton cara rakyat Palestin menyeludup sperma melalui filem pendek yang menggunakan pembugkus gula-gula. Namun, masih timbul persoalan mengenai kreativiti mereka dalam memikirkan cara untuk memastikan kebolehan sperma kekal utuh.

BACA:
Jemaah berang nekad ‘sound’ penceramah, gara-gara buka topik ‘akhirat’
Kamera kucing jadi saksi, suami kantoi ‘projek’ dengan perempuan lain masa solat jumaat
“Aku tak terfikir apa-apa pasal suami, okay je semua, tak sangka semua ni boleh jadi sekelip mata lepas suami kerja driver bas”