Video pendek yang tular beberapa hari yang lalu memaparkan kumpulan pemuda bertopeng yang memberikan ayam secara percuma kepada orang ramai di Bukit Bintang.
Video tersebut menunjukkan pemuda bertopeng menyebarkan ayam secara percuma, dan telah menjadi perbualan hangat di kalangan pengguna media sosial.
Kehadiran kumpulan pemuda bertopeng yang masih misteri ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam komuniti dalam talian.
Berdasarkan itu, ramai yang mempersoalkan status halal ayam yang diberikan kerana tidak diketahui siapa pemberinya.
Kemudian, kumpulan pemuda itu muncul untuk mendedahkan sedikit maklumat tentang identiti mereka.
Mereka menjelaskan bahawa agama yang dianuti mereka adalah Islam dan berbangsa Melayu.
“Mereka adalah warga Malaysia yang sederhana, bukannya tokoh terkenal atau selebriti media sosial, yang ingin membantu golongan yang memerlukan,” kata seorang wakil dari kumpulan yang dikenali sebagai XYZMISSION.
Mereka tidak mengharapkan balasan dari orang ramai, hanya doa agar rezeki mereka diberkati untuk membantu lebih ramai orang.
Mereka juga akan terus membantu sebaik yang mereka mampu dan akan mengemaskini lokasi untuk bantuan seterusnya di platform TikTok.
Di penghujung video, ahli kumpulan itu menyatakan mereka akan meninggalkan satu topeng sebagai tanda bahawa ‘misi telah selesai’ di setiap lokasi yang mereka kunjungi.