JebatDerhaka

Guna 3 bahan ini untuk elak habuk melekat dekat kipas, mesti bersih berbulan-bulan

RAHSIA SUPAYA HABUK TIDAK MELEKAT PADA KIPAS

Rasa kesal bila kita membersihkan kipas, namun dalam tempoh singkat habuk sudah kembali melekat. Nah, berikut adalah cara mudah untuk memastikan habuk tidak melekat pada bilah dan jaring kipas.

Ia bukanlah sekadar kata-kata kosong, malah kosnya amat berpatutan, hanya dengan menggunakan pelembut fabrik dan cuka makan yang terdapat di rumah.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Cuka
  • Pelembut pakaian
  • Air
Guna 3 bahan ini untuk elak habuk melekat dekat kipas, mesti bersih berbulan-bulan

Langkah-langkah:

Bersihkan bilah dan jaring kipas seperti biasa.

Campurkan pelembut pakaian, cuka makan, dan air ke dalam bekas lain. Nisbah campuran hendaklah 1:1:1 untuk setiap bahan.

Guna 3 bahan ini untuk elak habuk melekat dekat kipas, mesti bersih berbulan-bulan

Gaulkan campuran tersebut dan tuangkan ke dalam botol penyembur untuk kemudahan penggunaan.

Semburkan campuran secara merata pada bilah dan jaring kipas.

Guna 3 bahan ini untuk elak habuk melekat dekat kipas, mesti bersih berbulan-bulan

Biarkan selama 5 minit, pastikan untuk menyeka semula dengan kain lembab.

Keringkan. Tadaa, kipas sekarang boleh digunakan seperti biasa tanpa habuk yang melekat!

Ulangi langkah ini setiap 2 atau 3 bulan. Habuk tidak akan melekat untuk tempoh setahun. Huhu

Guna 3 bahan ini untuk elak habuk melekat dekat kipas, mesti bersih berbulan-bulan

Mudah, bukan? Adakah anda mempunyai tips lain untuk membersihkan habuk pada kipas?

BACA:
Mutawif beri amaran kepada jemaah, berwaspada kalau jumpa orang pegang serban merah
Perangai berubah lepas kerja kerajaan, suami pelik jumpa mesej isteri dengan cleaner sekolah – ‘lega dah period’
Kecoh satu sosmed, pengantin kena kecam gara-gara tak hormat solat jenazah, rakan buka mulut hal sebenar