Guru tergamak buat anak murid, ketuk kepala guna pembaris besi sampai terkeluar otak dan retak tulang

Guru tergamak buat anak murid, ketuk kepala guna pembaris besi sampai terkeluar otak dan retak tulang.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dikejarkan ke hospital dengan keadaan tengkorak retak selepas seorang guru didakwa memukul kepalanya menggunakan pembaris logam.

Dilaporkan, kejadian itu berlaku di sebuah sekolah rendah di wilayah Hunan, tengah China, pada 6 September lalu.

Ketika kejadian, guru terbabit didakwa menggunakan pembaris logam berskala segi tiga untuk memukul kepala mangsa.

Tindakan itu menyebabkan luka sedalam 5 sentimeter sehingga tengkorak mangsa retak.

“Otaknya hampir terkeluar. Ia boleh membawa maut,” kata ibu saudara mangsa kepada Jiupai News.

Guru tergamak buat anak murid, ketuk kepala guna pembaris besi sampai terkeluar otak dan retak tulang

Susulan insiden itu, guru berkenaan telah ditahan polis.

Motif serangan seperti yang didakwa bagaimanapun tidak dinyatakan.

Menurut laporan South China Morning Post, pemeriksaan mendedahkan bahawa tengkorak gadis itu retak dan terdapat serpihan tulang di kepalanya dan memerlukan pembedahan segera.

Guru tergamak buat anak murid, ketuk kepala guna pembaris besi sampai terkeluar otak dan retak tulang

Dilaporkan, pembedahan mengambil masa lima jam untuk mengeluarkan serpihan itu.

Bapa kanak-kanak perempuan itu berkata dia masih dalam rawatan rapi.

Pihak sekolah berkata, mereka akan bekerjasama dalam siasatan polis.

SUMBER

BACA:
Pemimpin masyarakat buat solat istikharah sebelum ‘sailang’ isteri orang, siap bawa anak-anak tinggalkan suami
Baju tak basuh dan sinki tersumbat, bibik bawa barang keluar dan lari dengan jantan masa majikan pergi program RXZ Members
Gara-gara tidur ‘sebantal’ dengan ibu bapa, budak lelaki 6 tahun tiru aksi keluarkan alat sulit depan kawan