Guru tergamak umpan anak murid berusia 12 tahun ‘check in’ hotel di Genting Highland lepas balik sekolah

Guru tergamak umpan anak murid berusia 12 tahun ‘check in’ hotel di Genting Highland lepas balik sekolah.

Seorang wanita berusia 40-an membuat laporan di Balai Polis Petaling kelmarin kerana mengesyaki anak lelakinya berusia 12 tahun telah diumpan bermalam di hotel dan diganggu secara seksual oleh guru sekolahnya.

Menurut pengadu, dia terkejut apabila melihat video perbuatan guru lelaki itu yang dihantar ke anaknya. Mangsa kemudian menceritakan perbuatan keji suspek di mana dia telah dipaksa untuk berbuat demikian.

Difahamkan, mangsa sudah diperlakukan sedemikian oleh suspek sejak Julai lalu. Kali terakhir pada 8 September lalu di mana mangsa dibawa ke sebuah hotel di Genting Highlands selepas habis waktu sekolah.

Pada hari kejadian, pengadu menyedari anaknya tidak pulang ke rumah lalu menghubungi suspek yang kemudian memaklumkan mereka dalam perjalanan ke hotel tersebut.

Guru tergamak umpan anak murid berusia 12 tahun 'check in' hotel di Genting Highland lepas balik sekolah

Pengadu meminta suspek menghantar anaknya pulang, tetapi permintaan itu tidak diendahkan. Bimbang dengan keselamatan anaknya, pengadu segera melaporkan perkara itu kepada pihak sekolah yang menasihatkan dia membuat laporan polis.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, bertindak di atas laporan itu, pihaknya telah menahan suspek untuk membantu siasatan.

Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (pindaan 2023).

BACA:
Isteri dedah suami menyesal beli banyak rumah, terpaksa kerja keras bayar hutang bank sampai tak ada masa dengan keluarga
Rakyat Malaysia cerita detik cemas saat gempa bumi berlaku di Maghribi, seakan-akan macam berlaku kiamat
Individu terkilan ‘owner’ kedai sambil lewa masa membuat bayaran , dikenakan cas RM24 untuk sebungkus nasi