‘Hackers’ Malaysia buat kerja, godam kat kredit rakyat Israel dan sebar di media sosial secara meluas, ada yang dapat beli barang

‘Hackers’ Malaysia buat kerja, godam kat kredit rakyat Israel dan sebar di media sosial secara meluas, ada yang dapat beli barang.

Tentera bawang atau bawang rangers Malaysia tidak henti-henti menyatakan kecaman dan kritikan terhadap Israel.

Baru-baru ini seorang pengguna laman X mendakwa telah berjaya menggodam akaun perbankan seorang rakyat Israel.

Maklumat berkenaan kemudian dikongsikan secara meluas di laman berkenaan.

“Nah, pergi shopping… holla Tel Aviv,” ciapnya ringkas.

Mengiringi ciapan di akaun Dragon Force IO itu ialah tangkap layar kod data yang dipercayai milik rakyat Israel.

Katanya terdapat individu yang berjaya membuat transaksi menggunakan data berkenaan.

'Hackers’ Malaysia buat kerja, godam kat kredit rakyat Israel dan sebar di media sosial secara meluas, ada yang dapat beli barang

“Min (admin) nampak ada yang berjaya dan ada dah tak dapat. Kalau decline tu mungkin dah limit. Dekat Telegram tadi laju betul manusia view,” tambahnya lagi.

Di ruangan komen, beberapa warga maya mempersoalkan tentang kod kebenaran transaksi (TAC) sekiranya diperlukan.

Namun ada yang menyatakan keselamatan perbankan negara berkenaan tidak sama seperti di Malaysia.

Susulan itu, kebanyakan warga maya cuba untuk membeli model baharu telefon pintar jenama iPhone.

Pun begitu ramai yang membuat pembelian peranti itu tidak berjaya.

Penggunaan untuk membeli barangan lain yang lebih murah pula dipercayai berjaya.

“Okay successful beli kerusi gaming… kat sini tak boleh. Ni saya guna Paypal akaun beli kat Amazon. Kali kedua dah tak boleh, mungkin lebih limit.

“Alhamdulillah admin, dapat juga merasa iPhone 15 pro max. Terima kasih.

“Terima kasih bos, dapat juga checkout PS5 EAFC,” ujar beberapa warga maya.

Pun begitu, salah seorang netizen menyatakan dia sudah mencuba kesemua akaun perbankan yang dikongsikan itu namun ia telah disekat.

Tidak kurang juga yang mempersoalkan soal hukum agama bagi mereka yang menggunakan wang daripada akaun yang digodam selain bimbang data peribadi mereka yang menggunakan akaun tersebut didedahkan suatu hari nanti.

“Soalan serius, semudah ni dapatkan data Israel? What if mereka balas dendam ambil data kita?

“Keselamatan mereka lemah. Masukkan details kad, terus beli. Kalau kat Malaysia kena TAC untuk verifikasi.

“Kalau balas, kecil-kecil saja… mereka punya penggodam bukan kuat sangat pun, Malaysia dalam carta 5,” ujar beberapa netizen lagi.

BACA:
Wanita hampir histeria lepas beli salad salmon, terkejut jumpa salamander dalam asingan sos
Wanita kongsi pengalaman seram, diganggu dan terasa seperti diperhatikan ketika solat di R&R
Bruno Mars terbang keluar meninggalkan Israel, sambung buat konsert dekat negara lain