Hampir 40 tahun berlalu, individu dedah lagu “Bapaku Pulang Dari Kota” sebenarnya ada sambungan

Zaman kanak-kanak pasti menjadi memori yang tidak terlupakan oleh ramai orang, sama ada memori manis atau pahit.

Salah satu memori yang pasti menggembirakan adalah mendengar lagu-lagu kanak-kanak. Lagu “Air Pasang Pagi” dan “Bapaku Pulang Dari Kota” tentu membawa nostalgia yang mendalam, bukan?

Lirik lagu yang riang dengan irama muzik yang ceria pasti mencipta kenangan indah dalam ingatan kita.

Hampir 40 tahun berlalu, individu dedah lagu "Bapaku Pulang Dari Kota" sebenarnya ada sambungan

Namun, ada sesuatu yang mengejutkan apabila kita berbicara tentang lagu kanak-kanak “Bapaku Pulang Dari Kota” – lagu ini sebenarnya mempunyai lirik sambungan yang mungkin tidak ramai yang tahu.

Lirik sambungan lagu kanak-kanak yang terkenal ini telah dikongsi melalui akaun TikTok @heybiscusofficial.

“Baru tahu lagu ‘Bapaku Pulang’ ada sambungan lirik,” tulis dalam video tersebut.

Lirik sambungan yang berbeza
Biasanya, lagu kanak-kanak ini dinyanyikan dengan lirik seperti berikut:

Papaku pulang dari kota
Papaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Boleh ku bawa ke sekolah
Pon-pon-pon-pon-pon-pon-pon-pon-pon
Kereta kecilku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh ku bawa jumpa nenek
Namun, melalui perkongsian video tersebut, lagu ini ternyata mempunyai lirik sambungan yang berbeza dan kedengarannya seperti berikut:

Aku memandu dari kota
Kereta kecil sampai desa
Adiku kata cepat abang
sudah tidak sabar jumpa nenek
Laju lagi, laju lagi
Vrom vrom vrom vrom
Vrom vrom vrom vrom
Kereta kecilku berbunyi
Semua gembira dapat naik
Kita dah sampai rumah nenek
Selepas video itu dikongsi, ramai netizen yang terkejut dengan penemuan lirik sambungan yang berbeza ini.

Mereka turut meninggalkan komen-komen menarik mengenai penemuan ini.

“Biar betul ada sambungan, dah umur 41 tahun baru tahu ada sambungan. Maknanya cikgu muzik dulu ajar tak habis nyanyi lagu ni,”” tulis seorang netizen.

“Oh selama ni aku nyanyi rangkap pertama jela,” tulis seorang lagi netizen.

“Mesti dulu cikgu aku pun tak tahu jugak yang lagu ni ada sambungan,” tulis seorang netizen yang gembira dengan penemuan ini.

Bukan hanya netizen, malah penulis artikel ini juga baru kali pertama mendengar mengenai sambungan lirik lagu ini.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada sambungan lirik ini memang wujud atau ditambah kemudian.

Bagaimana pendapat anda?

@heybiscusofficial full video di YouTube Hyebiscus – Kid Songs #bapakupulangdarikota ♬ original sound – HEYBISCUS
BACA:
Bukan saja-saja dialog filem melayu zaman 80-an dan 90-an berbahasa baku, ini sebab yang ramai tak tahu
Berang ditinggalkan kekasih lepas terlanjur, wanita pergi siam santau ‘ex’ sampai meninggal
Penduduk dan pihak berkuasa terkejut, air sungai bertukar warna jingga terang, sebiji macam teh ais