Hanya kerana nak sertai larian maraton, bapa sanggup tinggal dan kunci anak lima tahun dakam kereta.
Seorang wanita telah mendedahkan tindakan bekas suaminya yang berani meninggalkan anak perempuan mereka yang berusia lima tahun di dalam kereta untuk berjam-jam semata-mata untuk menyertai acara larian maraton.
Oddity Central melaporkan bahawa Zhao, yang tinggal di wilayah Hunan, China, berkongsi kisah ini dalam satu hantaran di media sosial, menyatakan bahawa obsesi bekas suaminya terhadap maraton akhirnya menyebabkan keruntuhan rumah tangga mereka.
Menurut Zhao, kejadian itu diceritakan oleh anak perempuan mereka sendiri.

Kanak-kanak tersebut menceritakan bahawa bapanya telah membelikan sarapan pagi, memberinya telefon bimbit untuk hiburan, dan menguncinya di dalam kereta untuk menyertai acara maraton.
Setelah mendapat kecaman daripada orang ramai, lelaki yang dikenali sebagai Peng itu mengakui bahawa dia meninggalkan anak tersebut di dalam kereta. Walau bagaimanapun, dia membela tindakannya dengan menyatakan bahawa jarak larian adalah singkat dan dia dengan segera kembali kepada anaknya.
“Saya hanya berlari 1.5 kilometer, kemudian kembali ke kereta dan mendapati dia (anak) sedang tidur,” katanya.