Hanya menggunakan sebidang kecil tanah, arkitek berjaya bina hotel paling nipis di dunia

Hanya menggunakan sebidang kecil tanah, arkitek berjaya bina hotel paling nipis di dunia.

Seorang arkitek di Indonesia berjaya mengubah sebidang tanah kecil yang tidak diminati oleh pasaran untuk membangunkan hotel yang dikatakan sebagai hotel paling nipis di dunia, seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Sun kelmarin.

Tanah itu terletak di antara lorong dan diapit oleh beberapa rumah yang asalnya digunakan sebagai tempat pembuangan sampah oleh penduduk tempatan.

Arkitek tersebut, Ary Indra, memulakan projek PituRooms dengan membina sebuah hotel lima tingkat yang lebarnya hanya 2.7 meter, dan hotel ini hanya memiliki tujuh bilik di atas tanah tersebut.

Hanya menggunakan sebidang kecil tanah, arkitek berjaya bina hotel paling nipis di dunia

Walaupun ruang terhad, Ary berjaya menyusun setiap bilik dengan katil dua tingkat serta dilengkapi dengan bilik mandi yang mempunyai pancuran dan tandas.

“Sejauh ini, reaksi yang kami terima daripada tetamu adalah kagum kerana mereka sedar bahawa ruang yang kecil ini sudah mencukupi untuk kehidupan manusia yang selesa,” katanya.

Sejak dibuka pada Disember 2022, 95 peratus tetamu PituRooms adalah warga Indonesia. Pekan kecil ini terletak 482 kilometer dari Jakarta dan masih belum terkenal di kalangan pelancong.

Hanya menggunakan sebidang kecil tanah, arkitek berjaya bina hotel paling nipis di dunia
BACA:
Doktor ajar cara masak mi segera yang betul, barulah tak takut nak makan tiap hari
Penumpang komuter buat perangai, selamba buang air kecil dalam gerabak depan orang ramai
Elak dari terlepas bayar cukai, LHDN ‘pasang mata’ dekat influencer yang kerap tayang kemewahan