Hati-hati kalau nampak tulisan dan gambar seperti ini, elakkan dari masuk kedai makan tersebut

Hati-hati kalau nampak tulisan dan gambar seperti ini, elakkan dari masuk kedai makan tersebut.

Walaupun hampir memasuki tahun 2024, terdapat kedai makan yang masih menggunakan kaedah pelaris untuk meningkatkan keuntungan, dan kadang-kadang melibatkan unsur persaingan yang tidak sihat dengan perniagaan lain.

Bagi mereka yang gemar makan di luar, disarankan untuk lebih berhati-hati dalam memilih tempat makan!

Penggunaan kaedah pelaris, seperti ilmu atau jampi yang dipercayai dapat meningkatkan kejayaan perniagaan, kini menjadi perbualan hangat di media sosial.

Namun, amalan ini mendapat sorotan daripada pihak berkuasa agama, terutamanya dalam konteks ajaran Islam.

Ustaz Syafiq Mujahid, seorang pengamal perubatan Islam di Pusat Rawatan Al-Idrus, menjelaskan bahawa penggunaan pelaris dalam bentuk fizikal atau magis bertentangan dengan ajaran Islam.

Hati-hati kalau nampak tulisan dan gambar seperti ini, elakkan dari masuk kedai makan tersebut

“Bila masuk kedai, bahu kita jadi berat, sakit pinggang, sakit lutut dan siapa bawa anak kecil, bila masuk kedai tiba-tiba dia meraung dan menangis, itu antara ciri kedai yang menggunakan ‘pelaris’ kerana mereka boleh melihat perkara-perkara ini,” jelasnya.

Ustaz Shafiq menegaskan bahawa sebelum memilih untuk makan di mana-mana kedai, kita perlu memerhatikan sekeliling untuk melihat adakah terdapat unsur ‘pelaris’ seperti lukisan atau tangkal yang tergantung di pintu dan kaunter pembayaran yang mungkin memberi kesan negatif kepada pelanggan.

Menerusi perkongsian @mysantaitv di aplikasi X, kaedah pelaris yang popular adalah lukisan bernama wafaq, yang mengandungi ayat-ayat tertentu seperti nama-nama Allah, huruf Arab, simbol geometri, dan kalimah suci al-Quran.

“Wafaq biasanya digantung dalam bingkai di dinding, di atas pintu dan tingkap, diikat pada tiang rumah, disimpan dalam bekas, dan diletakkan tinggi di dalam rumah atau bilik,” katanya.

BACA:
Ini rupanya sebab-sebab kenapa lelaki Bangladesh suka berpegangan tangan sesama jantina
Wanita diperkosa pemandu bas ketika perjalanan menuju destinasi dalam kabin
Isu larangan tulis ucapan ‘Merry Christmas’ pada kek tempahan, JAKIM tampil beri penjelasan