“Homestay cantik dan berada ditepi laut, aku tak sangka family aku kena gangguan yang macam tu”. Harini aku nak kongsi kisah yang aku dan keluarga aku alami masa aku ke Melaka pada April 2023. Benda ni masih fresh lagi berlaku dan semestinya aku ingat dengan teliti kisah yang berlaku.
Keluarga aku ni jarang-jarang kena gangguan mistik tahap hardcore punya. Cuma bunyi-bunyi gitu jelah paling teruk pun. Dipendekkan cerita, kami nak ke Seremban untuk hantar adik aku balik ke UITM, masa tu baru lepas cuti hari raya Aidilfitri.
Kami booking homestay dekat Tangga Batu, Melaka sebab nak elak letih berhabis masa dekat dalam jam.
Aku dengan adik aku yang bertanggungjawab cari homestay ni dan booking semua dan kami jumpa dekat dalam Facebook. Masa tu tak terfikir nak cari review ke apa sebab masa tu dah takde homestay yang kosong.
Jadi hari Ahad kami bertolak. Kitorang patutnya check in pukul 2.00 petang tapi kami sampai Melaka awal dalam pukul 11 gitu. So, kitorang makan2 pastu terus gerak ke homestay. Tuan rumah tu cakap belum siap kemas dan dia suggest untuk ke Pantai Puteri lebih kurang 10 ke 15 minit dari homestay tu.
Jadi, kitorang pun pergilah ke pantai tu sebab lama lagi nak siap.
Sampai je dekat pantai, kitorang sebenarnya penat dan fikir nak rehat je dekat rumah tu jadi semua keluarga aku tak keluar pun dari kereta. Mak aku siap tidur lagi. Pulak tu, tengah2 panas siapa je nak berjemur tengah-tengah panas kan? 1.45 pm aku ajak abah aku gerak balik ke homestay.
Alhamdulillah, masa mula-mula masuk memang kitorang puas hati. Kitorang pun tengok la rumah tu dari depan sampai belakang. Semuanaya okey, bersih dan lengkap. Tapi ada benda yang agak aneh dalam rumah tu.
Dekat tengah2 ruang tamu tu ada satu almari baju lama tiga pintu. Dua pintu tu bole bukak dan ada bantal dalam tu. Tapi pintu satu lagi ni berkunci dan ada ditampal sign “NO ENTRY” dekat pintu tu.
Agak seram jugak masing2 terfikir cerita2 hantu lah time tu. Tapi kitorang lupakan. Kejadian gangguan ni mula selepas Maghrib dan setiap sorang mengalami gangguan yang berbeza2. First, adik aku dengar sebelum kitorang nak keluar makan. Adik aku dengar ade bunyi gegar dari dalam almari tu.
Punya dia takut sampai kedai dia takde selera nak makan. aku fikir mungkin dia mengada.
Pastu aku pulak. Waktu tu dah balik homestay tu balik lepas makan. Kitorang lepak depan tv tengok cerita senario. Aku duduk dekat sofa dia yang memang terletak dekat sebelah almari tu. Aku dengar ade bunyi tapi mula2 mata aku pandang ke pintu toilet tu, tapi pintu toilet tu still terbukak je macam sebelum ni.
Aku abaikan sebab aku memang kerap diganggu, jadi aku adelah sikit pengalaman macam mana nak bertenang dalam hal2 macam ni.
Mak kena gangguan paling teruk. Sampai sekarang mak trauma sebab mak tak pernah kena teruk macam ni. Mula2 mak dengar bunyi gerak2 dalam almari. Mak baca segala ayat2 pendinding yang mak tahu sambil kejut2 adik yang tidur sekali dengan mak.
Tapi adik cakap, “Tidur je mak, jangan layan,”. Mak cuba tapi benda tu jadi lagi agresif sampai mak terdengar satu suara macam tengah mintak tolong dari dalam almari tu.
Mak memang ketakutan sangat2. Sampai ke subuh mak tak tidur.
Balik rumah, kitorang bincangkan hal ni. Abah cakap kemungkinan itu pelaris yang tuan rumah gunakan untuk tarik pelanggan. Bila kitorang duduk dan bincang baru perasan ada banyak lagi benda2 pelik. Apa yang bagi aku paling seram, adik aku cuba untuk reach out balik tuan rumah tu.
Tapi bila tanya pasal almari tu dia blutick je adik aku. Entah macam mana, adik aku dapat contact dengan one of customer yang pernah booking homestay tu. Diorang pun sama macam kitorang. Masa sampai, tuan rumah suruh pergi Pantai Puteri.
Taktik yang sama. Kami syak, mungkin tuan rumah nak kaburi kitorang dan fikir puncanya dari pantai tu.
Nama orang tu En Amir. Diorang pun kena kacau jugak, anak diorang dengar benda yang sama datang dari almari tu. Diorang check out malam tu jugak sebab anak diorang tak berhenti menangis.
bila en Amir contact balik tuan rumah, dia cakap anak en amir ada amik ape2 dekat pantai puteri padahal diorang tak turun pun dari kereta. Sama macam kitorang jgk.
So, aku bagitahu nama homestay tu. D’Mawar homestay dekat Tangga Batu, Melaka. Aku pesan janganlah booking homestay tu ye. Kalau nak selamat pergilah booking hotel bajet ke homestay yang femes ke. Sekian. Wassalam.