Hotel usang dan lama terbiar dapat ‘rating’ tinggi dalam aplikasi penginapan, individu siap tunjuk bukti

Hotel usang dan lama terbiar dapat ‘rating’ tinggi dalam aplikasi penginapan, individu siap tunjuk bukti.

Menariknya, walaupun mendapat ulasan yang positif, sebuah hotel yang tampak terbiar di Shah Alam menimbulkan kehairanan pengguna TikTok @mischarielle.

Pengguna tersebut berkongsi pengalamannya di kawasan sebuah hotel tersebut dan terkejut mendapati bangunan tersebut gelap, usang, dan terbengkalai. Keadaan struktur bangunan juga kelihatan rosak.

Apa yang lebih membingungkan, hotel ini masih tersenarai dalam aplikasi penginapan dengan ulasan yang baik, malah beberapa ulasan memberikan penilaian yang tinggi.

Hotel usang dan lama terbiar dapat 'rating' tinggi dalam aplikasi penginapan, individu siap tunjuk bukti

Dalam ruangan komen, ramai netizen mengimbau kenangan ketika hotel itu masih beroperasi. Mereka berkongsi bahawa hotel tersebut dulunya merupakan tempat untuk berkaraoke, dan ada yang mengatakan bahawa pengalaman mereka semasa hotel itu masih beroperasi kurang memuaskan.

Terdapat juga dakwaan bahawa aplikasi tersebut masih menyenaraikan beberapa tempat yang sudah tidak aktif, termasuklah hotel tersebut.

@mischarielle Stumbled upon an abandoned hotel still listed on Agoda 😳 #carlton #hotel #carltonhotel #abandoned #abandonedplaces #closed #holiday #agoda #travel #traveltok #shahalam #selangor #malaysia #asia #southeastasia #fyp #foryou ♬ original sound – ✝️MEESUArielle✝️
BACA:
Dompet pelajar wanita ini ditemui kembali selepas 63 tahun hilang, tak sangka isi kandungannya masih elok dan bersih
Sering berlaku dan ‘tak manis’, pendakwah tegur dj kenduri baca doa masa tetamu makan
Elak dan kawal ketagihan anak makan jajan, bapa nekad kunci peti ais dengan mangga