JebatDerhaka

Huru-hara satu medan selera, tikus besar termasuk dalam makanan lepas jatuh dari siling

Huru-hara satu medan selera, tikus besar termasuk dalam makanan lepas jatuh dari siling.

Viral sebuah video yang memperlihatkan seekor tikus jatuh dari bahagian atas ‘siling’ di sebuah medan selera di Tangs Plaza, Singapura pada 25 November lalu.

Dalam video yang tersebar di platform Facebook, nampak mamalia kecil tersebut jatuh tepat di atas dulang yang berisi dua mangkuk makanan.

Situasi yang dipaparkan dalam video juga menunjukkan pengunjung yang terkejut melihat tikus bersaiz besar itu jatuh ke dalam dulang yang masih mempunyai makanan.

Berita dari The Straits Times melaporkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap pengurusan Pasar Tangs dan lima gerai yang terletak di medan selera tersebut kerana ia berada di dalam kawasan premis.

Agensi Makanan Singapura (SFA) dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) menyatakan bahawa pegawai mereka telah memeriksa premis tersebut sebanyak dua kali pada 28 November.

Huru-hara satu medan selera, tikus besar termasuk dalam makanan lepas jatuh dari siling

Pemeriksaan juga melibatkan kajian terhadap gerai makanan dan kawasan umum, termasuk siling, untuk mendeteksi tanda-tanda serangan perosak dan tikus.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, NEA akan mengambil tindakan ke atas pengurusan bangunan berkenaan berhubung dengan serangan tikus di kawasan siling. Manakala, SFA akan mengambil tindakan terhadap lima gerai tersebut atas pelanggaran kebersihan.

Sebagai makluman, Pasar Tangs terletak di ‘ground floor’ Plaza Tang dan diuruskan oleh Kumpulan Fei Song.

BACA:
Dakwa isteri hilang ikut lelaki lain, segala terbongkar lepas jual rumah dekat abang ipar
Selepas 30 tahun, aisberg berkeluasan 4,000 kilometer persegi mula cair dan hanyut ke Lautan Selatan
Pemandu ambulans alami detik seram, ‘terserempak’ dengan pontianak lepas hantar jenazah