JebatDerhaka

Ibu angkat terkilan, anak yang dijaga selama 13 tahun, dirampas keluarga kandung secara paksa

Ibu angkat terkilan, anak angkat yang dijaga selama 13 tahun, dirampas keluarga kandung secara paksa.

Walaupun bukan dilahirkan daripada rahim sendiri, naluri seorang wanita yang mengambil anak angkat tetap menyayangi anak itu seolah-olah zuriat kandungnya sendiri. Bagi Dharni Ramannie, kebahagiaan menjalani kehidupan dengan anak angkatnya, Uzma, tiba-tiba mengalami goncangan.

Dharni: Kamu cakap saya tiada hak pada Uzma lepas 13 tahun saya jaga & bagi susu?

Menerusi perkongsian di Facebook, ibu kandung Uzma datang dari Semenanjung dan tiba-tiba muncul di rumah Dharni untuk mengambil remaja itu secara paksa. Sudah 13 tahun Dharni dan keluarganya menjaga dan memberi kasih sayang kepada Uzma, tidak mudah untuk melepaskan Uzma pergi dengan begitu tiba-tiba, terutama dengan penggunaan kekerasan.

Kakak kepada ibu kandung Uzma terjah saya di IPD Kota Kinabalu & cuba tarik Uzma

Keesokan harinya selepas kejadian, Dharni dan keluarganya pergi ke balai polis kerana keluarga kandung menuduh mereka melakukan kekerasan terhadap Uzma. Lebih menyedihkan lagi, ketika di balai polis, keluarga kandung sekali lagi mencuba membawa Uzma pergi tanpa persetujuan.

Ibu angkat terkilan, anak yang dijaga selama 13 tahun, dirampas keluarga kandung secara paksa

Berapa bulan lagi raya sudah nak…Kita tak dapat sambut raya sama-sama

Sudah 14 minggu berlalu, Dharni dengan berat hati menanggung rasa kerinduan yang begitu mendalam terhadap Uzma sehingga kesihatannya terjejas. Hatinya semakin terluka dengan fakta bahawa Raya Aidilfitri kali ini akan disambut tanpa kehadiran Uzma di sisi mereka. Dharni telah mendedahkan sebelum ini bahawa keinginan untuk membawa pulang Uzma telah diutarakan oleh ibu kandungnya.

Kami akan bayarkan zakat Uzma walaupun Uzma tidak lagi bersama kami

Oleh itu, Dharni yang sudah bersedia menerima keputusan ini menggalakkan ibu kandung Uzma untuk mendapatkan hati Uzma secara berperingkat. Namun, mereka tidak menyangka bahawa akhirnya segala perkara berakhir dengan cara sedemikian.

BACA:
Jangan main telefon sambil buang air, boleh mendatangkan penyebaran kuman ke dalam rumah
Tak sangka masih elok dan bersih, dompet pelajar wanita ini ditemui kembali selepas 63 tahun
“Kalau suami aku outstation, boss perempuan dia yang selalu ada dengan aku, semua terbongkar masa dia nazak”